Header Ads

Anak kambing berwajah aneh menyerupai watak filem makhluk asing

ALOR GAJAH: Seekor anak kambing yang baru dilahirkan didapati berwajah pelik, menyerupai watak makhluk asing 'Sully' dalam filem animasi Monster Inc.


PELIK: Zakaria menatang anak kambing berwajah unik. | foto HMetro
Anak kambing itu diberi nama 'Mewa' sempena singkatan 'Istimewa' oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70 tahun, yang mula menyedari keanehan haiwan ternakannya itu yang dilahirkan di kandang miliknya di Kampung Baru (2) Gadek, Ahad lalu.

“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik dan tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar.

“Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.

Lebih mengejutkan, Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis.

“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,” kata Zakaria.

Menurut Zakaria lagi, 'Mewa' tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir. -HMetro
Dikuasakan oleh Blogger.