Header Ads

Angka korban rusuhan penjara Venezuela meningkat, 29 terkorban

CARACAS: Empat lagi mayat dikeluarkan dari Penjara El Rodeo, lapor stesen televisyen negara itu yang menyaksikan angka korban meningkat kepada 29 orang selepas askar dikerah memasuki bangunan penjara itu bagi mengawal keadaan.


Ketua pengawal Antonio Benavidez melalui sebelah banduan di penjara El Rodeo pda 17 Jun 2011. | foto Reuters
Keganasan meletus pada 12 Jun lalu apabila sekumpulan banduan merusuh menggunakan senjata sehingga 22 orang dilaporkan maut.

Pihak berkuasa menyifatkan rusuhan itu sebagai terburuk di Venezuela sejak 1999.

Empat hari selepas rusuhan tercetus, pihak berkuasa mengerahkan 4,000 askar dan anggota payung terjun untuk memasuki bangunan penjara sehingga dua askar dan seorang banduan terbunuh.

Stesen televisyen VTV hari ini melaporkan, ketika angka korban bertambah kepada empat orang, ribuan banduan tetap berada dalam penjara dan enggan menyerah diri.

Pihak berkuasa setakat ini sudah memindahkan kira-kira 2,500 daripada 4,700 banduan di penjara itu ke bangunan sementara. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.