Header Ads

Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita…

WarkahDaily – Dari bersosial, bergelumang dengan maksiat, kehidupan seks bebas dengan bertukar-tukar pasangan tidur, terus bertukar kepada keinsafan kerana ‘alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita….’, seorang remaja perempuan terus berazam tidak mahu lagi bergelumang dengan maksiat.

Tetapi musibah terus melanda hidupnya apabila kini disahkan mengandung lima bulan dan bakal melahirkan seorang anak tanpa bapa dek kerana dirogol lelaki tidak dikenalinya.

Yang pasti, Allah pasti menguji seseorang hambanya sebelum diangkat menjadi orang yang mulia di sisinya. Seperti kisah seorang pemuda yang membunuh 100 orang manusia, sehingga beliau mati di pertengahan jalan tika beliau sudah bertaubat, para malaikat berebut untuk menentukan tempatnya ke Neraka atau Syurga. Allah maha menerima taubat, Syurga menjadi tempatnya.

Berbalik kepada kisah remaja perempuan tadi, tanpa diduga, kerana sifat Allah Maha Pengasih dan Penyayang, tanpa diduga suatu malam seperti biasa selepas puas melayan gelora nafsu bersama teman lelakinya, beliau berehat sejenak sebelum mata terlelap akibat keletihan.

Tanpa dipaksa dan dirancang, beliau tersentak dengan kata-kata seorang ustaz yang didengarinya melalui ceramah agama melalui corong radio dari bilik ibunya.

Kata-kata itu merubah segala-galanya. Ia amat menyentuh kalbu. Kelembutan suara seorang ustaz terus menusuk ke jantungnya.

“Apabila alat sulit lelaki menyentuh alat sulit wanita secara haram, maka diharamkannya masuk syurga selagi dia tidak bertaubat,” kata ustaz itu melalui corong radio.


Ungkapan itu terkesan di hati, seram bulu romanya. Tanpa diduga, beliau terus lemah seraya berkata, “Ya Allah, selama ini berulang kali aku serahkan tubuhku untuk diratah teman lelaki. Telah beberapa kali aku merelakan alat sulit teman lelakiku menyentuh alat sulitku”.

Jiwanya buat kali kedua kembali gementar, apabila ungkapan kedua ustaz terus menceroboh cuping telinganya, “Jika alat sulit lelaki itu membenam dalam alat sulit wanita secara haram, maka tercabutlah semua amalannya”.


Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Fikirannya mula terbayang azab neraka, kegelapan dalam kubur dan segala siksaan kubur sehingga tanpa disedari, perlahan-lahan beliau sujud sambil menyebut nama Allah. Dia menadah tangan bersama deraian air mata merayu ihsan Allah. Beliau kini sudah bertaubat nasuha dan berazam membina kehidupan baru dengan meninggalkan semua perbuatan keji.

Kesabarannya teruji takkala beliau dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali sehingga beliau disahkan mengandung.

Kini beliau menghuni Kem Modal Insan (KEWAJA) di Gombak selepas mengandung empat bulan.

Maha suci Allah, Allah yang Maha pemberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Selagi jiwa dikandung badan, pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah.

Setiap manusia mempunyai kesalahan dan kesilapan namun jangan ianya tunggu sehingga nyawa di hujung halkum atau matahari terbit di sebelah barat kerana ketika itu, pintu taubat sudah tertutup buat selama-lamanya.

Cerita ini diadaptasi dari artikel Mingguan Warta Perdana. Baca cerita asal di sini.
Dikuasakan oleh Blogger.