Header Ads

Bongkar! Kos pembinaan masjid baru negeri Terengganu RM100 juta tak masuk akal

WarkahDaily – Mungkin ada sesuatu yang tidak kena di sebalik urusan tender dan pembinaan Masjid Negeri di Bukit Besar, Kuala Terengganu apabila dilaporkan masjid yang akan dibina dengan kos RM100 juta itu hanya boleh menampung jemaah sekitar 1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa.


Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya.
Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudaham Awam negeri, YB Datuk Haji Za’abar Mohd Adib kepada blog yang berkaitan Kerajaan Terengganu, ‘Teganukita’ baru-baru ini.

Artikel blog Teganukita dipetik, Za’abar berkata, kerajaan juga sedang melaksanakan pembinaan Masjid Negeri di Bukit Besar , Kuala Terengganu yang menelan belanja RM100 juta dengan kapasiti jemaah 1,500 orang pada satu-satu masa. Artikel berkaitan di sini.

Apa yang menjadi tanda tanya bagi penulis WarkahDaily, kos pembinaan sebuah masjid yang menelan belanja RM100 juta yang hanya boleh memuat jemaah dalam satu-satu masa sekitar 1,500 orang sahaja.

Ia jauh berbeza dengan kos pembinaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) terletak di Presint 3, Putrajaya yang siap pada 2009 dan mula digunakan tahun tahun lepas (2010).

Menurut portal ‘Masjid Besi’, masjid yang menggunakan 6,000 tan keluli (70%) dan baki (30%) menggunakan konkrit sebagai bahan binaan itu menelan belanja sebanyak RM200 juta dan boleh menampung 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa.

Jumlah muatan jemaah itu dilihat beberapa kali ganda jauh lebih tinggi daripada Masjid Negeri yang akan dibina di Terengganu yang menelan belanja RM100 juta dengan kapasiti 1,500 orang jemaah sahaja berbanding ‘Masjid Besi’.


Masjid Besi boleh menampung 20,000 jemaah bersolat dalam satu-satu masa.
Jika kos pembinaan Masjid Negeri itu benar seperti yang dilaporkan, ini bermakna Kerajaan Terengganu masih belum serik dan insaf dengan peristiwa memalukan apabila runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak yang telah menggemparkan seluruh negara.

Bagi penulis WarkahDaily, mereka dilihat tidak mahu mengambil iktibar daripada peristiwa itu dan mungkin ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan untuk ‘menggemukkan’ poket dan kantung peribadi orang-orang tertentu.

SPRM perlu bertindak dalam hal ini agar kejadian runtuh di Terengganu tidak akan berulang lagi akibat ada pihak-pihak tertentu yang suka mengambil peluang untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni atas projek yang diumum kerajaan dan wang rakyat tidak dibazirkan begitu sahaja oleh pemimpin perasuah dan suka songlap wang rakyat.
Dikuasakan oleh Blogger.