Header Ads

Dr Puad Zarkashi macam budak-budak, takut budak sekolah sertai BERSIH 2.0

WarkahDaily – Kalau Menteri atau Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi yang mengeluarkan amaran kepada budak-budak universiti, takdaklah rasa teruk sangat tapi bila seorang Timbalan Menteri di Kementerian Pelajaran cuba memberi amaran kepada murid sekolah tidak kira rendah atau menengah daripada terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0, jelas menunjukkan mentaliti Timbalan Menteri berkenaan terhadap murid-murid sekolah amat rendah dan tak masuk akal.


Dr Puad Zarkashi
Kenapa sampai tahap itu pemimpin Umno takut dan bimbang dengan budak-budak sekolah terlibat dalam himpunan berkenaan padahal mendakwa negara ini mengamalkan demokrasi dan kebebasan bersuara.

Jika dilihat kepada budak sekolah, apalah sangat mereka ini sehingga pemimpin Umno turut memberi amaran terhadap mereka daripada terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 sambil mengugut akan mengambil tindakan. Memang taraf budak sekolah betul hangpa ni.

Dah tak boleh nak halang bapak dan abang-abang kepada murid sekolah, mereka ini haling pulak budak-budak kecil yang masih lagi tidak mengerti dan tahu yang kerajaan yang mereka junjung selama ini adalah dipimpin oleh orang yang menyalah gunakan kuasa, suka rasuah, lemah, suka songlap duit dan merosakkan negara.

Semalam, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Puad Zarkashi telah memberi amaran kepada murid sekolah agar tidak terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai nanti konon tidak mahu mereka ini dipergunakan untuk meraih sokongan.

“Mereka patut mengutamakan pelajaran berbanding terlibat dengan isu-isu mainan politik pihak-pihak tertentu yang akan merosakkan pemikiran mereka.

“Jika mereka didapati menghadiri demonstrasi itu pihak sekolah dan kementerian tidak akan teragak-agak mengambil tindakan, seharusnya mereka ini perlu menghabiskan pengajian.

“Pihak polis diminta mengenal pasti jika wujud pelajar-pelajar menyertai perhimpunan itu agar dirujuk kepada pihak sekolah supaya tindakan dikenakan ke atas mereka” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Pengetua Sekolah Malaysia di Subang.

Kalau ayah budak ajak anaknya pergi ke Himpunan BERSIH 2.0, siapa harus ditaati oleh budak itu, samada ayah mereka atau menteri? Soalan bodoh dari penulis WarkahDaily untuk Timbalan Menteri cap ayam kerana budak kecil pun mereka mahu mengambil kira dan tindakan.
Dikuasakan oleh Blogger.