Header Ads

Duit tanam semula RM2.21 juta: 130 peneroka Kerteh akan saman Felda

Seramai 130 orang para peneroka dari gugusan Felda Kerteh, Dungun, akan memfailkan saman mereka terhadap Felda bagi menuntut Felda mengembalikan hak mereka kira-kira RM2.21 juta.


Ustaz Satiful (kanan) bersama warga Felda Kerteh dalam Himpunan Warga Felda Terengganu 18 Februari lalu. | foto BO
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata saman tersebut akan difailkan oleh peguam pada 1 Julai depan.

"penyerahan saman itu kita akan failkan pada 1 Julai, InsyaAllah, sekarang ni kita kumpul sudah ada 130 orang akan memfailkan saman,

"untuk menuntut kembali hak mereka yang melibatkan duit tanam semula sebanyak RM17,000 (setiap orang), sampai hari ini dia (Felda) masih lagi tidak membuat pembayaran,"ujarnya ketika ditemui selepas majlis ceramah sempena sambutan Jubli Perak PAS cawangan Jalan Kenanga Sabtu malam 25 Jun.

Katanya, walaupun telah beberapa kali diadakan pertemuan, dan pihak Felda berjanji akan membayar wang tersebut, namun ia adalah bohong semata-mata.

Beliau yakin, peroka akan berjaya menuntut hak tersebut berdasarkan beberapa keputusan mahkamah yang lalu.

"InsyaAllah, kita cukup yakin berdasar (keputusan mahkamah) terbaru (di Pahang dan negeri Sembilan), mahkamah telah memberi kemenangan kepada pihak peneroka, dan mereka dibayar sebanyak RM30,000,"katanya.

Menurutnya, tuntutan tersebut bukan hanya soal kewangan tetapi sebagai satu pembelaan terhadap peneroka yang telah ditindas oleh Felda.

Sehubungan itu, katanya, Badan Perhubungan PAS Terengganu menawarkan khidmat guaman bagi para peneroka terbabit menuntut kembali hak mereka.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Paka berkata, ia merupakan rangkaian pembelaan PAS terhadap peneroka.

"Kita, pihak PAS, InsyaAllah, menyediakan pihak guaman untuk membantu mereka (peneroka) untuk mendapat balik hak,

"ia akan menjadi momentum (kebangkitan peneroka) di negeri Terengganu, merupakan (sebahagian daripada) rangkaian yang menyeluruh di seluruh negara,"jelasnya.

Justeru, beliau yakin, Umno akan mengugut para peneroka supaya tidak meneruskan tuntutan tersebut.

Namun, Ustaz Satiful yakin para peneroka akan istiqamah dan yakin bahawa mereka menuntut hak menurut undang-undang. –Buletin Online
Dikuasakan oleh Blogger.