Header Ads

Enam pegawai polis bahagian narkotik jadi pengedar dadah

WarkahDaily - Patutlah kes dadah kat negara ini tak pernah nak selesai walaupun selalu diberitakan pihak polis berjaya menahan, merampas dan menangkap pengedar dadah. Bukan sikit, sehingga jutaan ringgit rampasan dadah dibuat.

Tapi umat Melayu semakin parah dengan ketagihan dadah. Penghuni 'pintu besi' makin bertambah-tambah.

Bila berita atau artikel di Tranungkite dipetik, rupa-rupanya yang sepatutnya membanteras kegiatan pengedaran dadah di negara ini iaitu polis telah bertindak di luar dugaan. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Maka tak peliklah jika kegiatan pengedaran dadah di negara ini tak berkurangan bahkan makin berleluasa.

Bila sibuk sangat jadi barua kerajaan untuk tujuan politik, inilah jadinya sehingga tak terpandang rupa-rupanya ada pengkhianat negara dalam polis.


ENAM PEGAWAI POLIS DITAHAN KERANA EDAR DADAH

KUALA LUMPUR 18 Jun 2011: Seorang pegawai kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sekitar Kuala Lumpur ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

"Sekarang ini mereka ditahan dan berada di bawah siasatan mengikut Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1952," katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Beliau turut menasihatkan semua ketua polis peringkat negeri negeri dan daerah agar memantau pegawai dan anggota di bawah jagaan mereka bagi memastikan kejadian berulang.

http://www.mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/6/18/mstar_jenayah/20110618152811&sec=mstar_jenayah


6 POLIS DITAHAN EDAR DADAH

KUALA LUMPUR 18 Jun: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah pepatah sesuai bagi seorang pegawai dan lima anggota polis yang diamanahkan tugas untuk membanteras kegiatan pengedaran dadah.

Keenam-enam mereka yang bertugas dalam cawangan narkotik di sini, sepatutnya memburu pengedar dadah tetapi sebaliknya mengambil kesempatan untuk terlibat sama dalam kegiatan mengedar dadah kepada para penagih di sekitar ibu negara.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0619&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm



POLIS EDAR DADAH SINDIKET DITAHAN

KUALA LUMPUR: Seorang kanan polis dan lima anggota berpangkat rendah yang bertugas di bahagian narkotik di sini ditahan kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditahan dua minggu lepas.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0619&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


sumber: Tranungkite
Dikuasakan oleh Blogger.