Header Ads

Felda rugi teruk di bawah kerajaan BN, terpaksa pinjam KWSP RM6 bilion

WarkahDaily – Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Felda yang dibangga-banggakan pemimpin Umno-BN termasuk presidennya, Najib kini dilaporkan telah mengalami kerugian yang teruk disebabkan pelaburan luar yang dilakukan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Sdn Bhd.

Rupa-rupanya dalam diam-diam, Felda telah mengalami kerugian yang teruk sehingga terpaksa membuat pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kalau rugi, dana rakyat juga menjadi mangsa talian hayat untuk menampung kerugian tapi bila untung, masing-masing duk agih sesame sendiri. Akhirnya pemimpin jugak yang kaya-raya, rakyat pula semakin hari semakin terhimpit.

Felda dilaporkan masih lagi membuat pinjaman daripada KWSP sebanyak RM6 bilion walaupun pemimpin Umno menegaskan Felda memperolehi keuntungan yang besar.

The Malaysian Insider - “Kami percaya bahawa Felda Global Ventures Sdn Bhd dan Felda telah meminjam sebanyak RM6 billion daripada KWSP.

“Pada mulanya Felda telah meminjam RM6 bilion daripada KWSP dan kemudian sejumlah RM3 bilion telah dipinjamkan Felda kepada Felda Global Ventures dan sudah tentu dana itu datang daripada rakyat,” kata Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.

Anwar, Ketua Umum PKR, juga mendakwa pelaburan luar negara Felda yang menggunakan wang rakyat melalui pinjaman KWSP telah mengalami kerugian.

“Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia? Siapakah yang mengarah KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda?

“Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian.

“Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global Ventures dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 2007 hingga 2010, hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby,” tegasnya. Baca selanjutnya.


Semakin hari semakin banyak dana awam (rakyat) dibazirkan oleh pemimpin yang berlagak pandai tetapi pelaburan yang dilakukan selalu rugi. Namun cuba berselindung dengan pendapatan memberangsangkan kononnya Felda perolehi.

Padahal apa yang dialami, Felda terpaksa bergantung harap dengan duit pinjaman daripada KWSP yang juga daripada wang caruman rakyat untuk masa depan.

Punah sungguh apabila negara dipimpin oleh pemimpin yang jahil tapi berlagak pandai dan hebat.
Dikuasakan oleh Blogger.