Header Ads

Gerhana bulan penuh esok, umat Islam disunat tunai solat sunat

Satu fenomena yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan sepenuhnya akan berlaku esok (Khamis).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, fenomena itu dijangka berlaku antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi.


Gerhana bulan.
“Oleh itu semua masjid dan surau disaran supaya mengadakan solat sunat khusuf dan khutbah gerhana,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Othman berkata, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Menurut beliau, aktiviti cerapan akan turut diadakan di Masjid Putra, melalui kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia.

“Ibadah sunat seharusnya ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.