Header Ads

Iraq kesan RM52 bilion hilang dicuri AS ketika pencerobohannya

BAGHDAD: Parlimen Iraq kini cuba mengesan semula kira-kira AS$17 bilion (RM52 bilion) wang hasil penjualan minyak Iraq yang dicuri semasa penjajahan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq pada 2003.

Baghdad turut memohon bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengesan wang itu.

Wang tunai hasil penjualan minyak Iraq dan aset negara itu yang dirampas Washington dihantar ke Iraq dari AS pada 2004 untuk proses pembangunan semula negara itu selepas bekas presiden, Saddam Hussein digulingkan AS.

Dalam suratnya kepada pejabat PBB di Baghdad bulan lalu, jawatankuasa integriti Parlimen Iraq memohon bantuan badan dunia itu untuk mengesan semula wang Tabung Pembangunan Iraq.

“Semua penunjuk menggambarkan institusi AS melakukan rasuah dengan mencuri wang milik penduduk Iraq, diperuntukkan untuk membangunkan negara ini dengan nilai mencecah AS$17 bilion (RM52 bilion).

Jumlah kehilangan wang itu adalah hampir tiga kali lebih tinggi daripada AS$6.6 bilion (RM20 bilion) yang dianggarkan sebelum ini.
Dikuasakan oleh Blogger.