Header Ads

Juara Piala FA 2011 dan bendera ‘hijau putih’

WarkahDaily – Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat pasukan Terengganu yang telah menjuarai Piala FA 2011 . Ini adalah kejuaraan kedua Terengganu semenjak 11 tahun lalu. setelah berjaya menewaskan Kelantan 2-1 dalam perlawanan yang penuh dramatik 11 Jun lepas. Walaupun pada awalnya Kelantan sudah pun dilihat sebelah kaki untuk mengecapi kejuaraan pertamanya apabila Nurul Azwan Roya telah meletakkan Kelantan di depan 1-0 pada minit ke-79.


JUARA: Pasukan Terengganu dinobatkan juara baru Piala FA selepas berjaya menewaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil 11 Jun 2011. | foto sokernet
Perlawanan yang berbaki beberapa saat itu kemudiannya berubah muram bagi Kelantan apabila Daudsu Jamaludin yang tertanduk masuk bola hasil tolakan penyerang Terengganu, Abdul Manaf telah memberi nafas baru bagi pemain-pemain Terengganu yang pada awalnya sudah merasakan mereka tiada harapan lagi.

Namun kekentalan mental anak buah Irfan Bakti itu telah memberi satu semangat baru selepas perlawanan berlanjutan ke masa tambahan kerana kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Terengganu yang mendapat semangat bar uterus berubah rentak apabila bertindak garang melakukan serangan bertubi-tubi ke kubu Kelantan sehingga membuahkan hasil gol kemenangan melalui pemain gentian, Ahmad Nordin Alias yang menjadi wira Terengganu yang melakukan rembatan ke penjuru kanan pintu gol Kelantan hasil tendangan sudut daripada Ashaari Shamsudin.

Perlawanan itu turut disaksikan pembesar kedua-dua negeri bertanding iaitu Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Kibaran bendera ‘hijau putih’

Sinonim perlawanan bola yang rata-rata dipenuhi oleh penonton-penonton muda-mudi, bendera ‘hijau putih’ tidak ketinggalan menjadi kegemaran golongan itu untuk dikibarkan.


Bendera 'hijau putih' dikibarkan para penyokong ketika berlangsungnya perlawanan bolasepak antara Terengganu dan Kelantan. | foto Tranungkite
Dalam perlawanan 11 Jun, kelihatan beberapa bendera ‘hijau putih’ berkibar di beberapa penjuru stadium dilihat memberi pelbagai andaian dan pandangan. Ada yang marah dan ada yang bangga. Walaupun begitu, itu semua tidak menjadi ‘kudis’ bagi kedua-dua pasukan untuk beraksi cemerlang memburu kejuaraan.

Tapi ada segelintir barua Umno-BN yang kelihatan tidak berpuas hati dengan kejadian itu terus menempelak kononnya penyokong parti ‘hijau putih’ macam ‘pening lalat’ kerana tidak tahu membezakan program parti dan program bukan parti sehingga sanggup mengibarkan bendera hijau putih milik parti itu.

Padahal mereka tidak pula mengambil hal apabila Awang Adek yang duduk sebaris dengan pembesar kedua-dua negeri di pentas VIP. Siapa Awang Adek di sisi pasukan Kelantan?

Apa yang pasti, mereka tidak mengambil pengajaran apa yang tersirat melalui kejadian itu, mereka ini hanya reti menuding jari dan bertindak mengherdik. Tapi jika bendera biru pekat yang dihiasi dacing dikibarkan, mereka tidak pula melatah. Perkara biasa barua Umno-BN tidak suka bendera hijau putih, bahkan warna hijau pun ‘diantinya’. Jika di pejabat-pejabat kerajaan, ada segelintir bosnya yang mungkin pekat biru yang berfikiran kolot masih lagi takut dengan warna hijau sehingga memandang sinis dengan warna itu apabila ada stafnya berpakaian hijau bercampur putih. Perkara biasa, dan amat pelik jika barua Umno-BN suka hijau putih.


BERANI: Anak muda berani menunjukkan keberanian dan pendirian mereka demi masa depan negara yang sejahtera. | foto Tranungkite
Tapi yang mahu diberi perhatian, rata-rata penonton yang terdiri daripada golongan pengundi baru yang begitu berani tanpa segan silu mahu mengisytiharkan diri mereka penyokong parti ‘hijau putih’ walaupun ketika menonton perlawanan bola.

Jelas sekali diperlihatkan kehendak jiwa muda yang mahukan titik perubahan berlaku di mana-mana dan mahukan label penyokong parti ‘hijau putih’ duduk sebaris dan tidak segan berdiri sama tinggi dengan penyokong parti kerajaan yang selama ini tidak takut untuk mengaku mereka adalah parti keris walaupun di pejabat, namun sebaliknya berlaku jika dicop parti ‘hijau putih’.

Sudah sampai masanya golongan muda-mudi mengemudi perubahan bagi membentuk negara berkebajikan dan tidak membebankan rakyat seperti yang diumumkan parti ‘hijau putih’.

Dan yang pasti lagi, bendera ‘hijau putih’ itu dikibarkan oleh penyokong kedua-dua pasukan, Terengganu yang diperintah parti keris dan Kelantan diperintah parti ‘hijau putih’.
Dikuasakan oleh Blogger.