Header Ads

Kartun Utusan: Perkara rogol bukan persoalan tapi cubaan merendah-rendahkan cara mendatangkan 4 saksi

WarkahDaily – Penulis bersetuju dengan apa yang ditulis oleh bekas mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin berkaitan siaran karikatur oleh Utusan Malaysia yang dikatakan menghina Islam itu bahawa ada tiga keadaan.

“Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam. Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.”

Sumber: Tranungkite.net


Sebelum penulis WarkahDaily terus mencoretkan komen peribadi penulis, eloklah pembaca memahami rogol dan zina dan hukuman dalam Islam. Namun penulis tidak terniat untuk membincangkan perkara berkenaan, cuma mahu mengajak pembaca meneliti, apakah dalam karikatur itu ada penghinaan terhadap Islam atau tidak.

Jika dilihat kepada tersurat pada lukisan kartun berkenaan, mungkin kita tidak nampak penghinaan terhadap Islam dibuat oleh pihak pelukis atau penyiar, tapi jika diamati secara teliti (tersurat), amat jelas ada perbandingan dibuat bagi mengelirukan pembaca berkaitan dua cara pertuduhan dan pendakwaan yang ingin dibuat.

Secara tersurat, tiada penghinaan kerana hukuman rogol tak termasuk pendakwan perlu dibuat berdasarkan empat orang saksi. Mungkin pelukis karikatur jahil tentang hukum Islam (Hudud) kerana menyangka rogol termasuk dalam perkara yang perlu mendatangkan empat orang saksi atau pun memang pelukis tersilap membuat perbandingan.

Sekarang, secara jujur dan ikhlas, mari kita sama-sama memerhatikan cara penampilan atau cara karikatur itu disiarkan.

Penghinaan secara tersirat

Pertama, ia disiarkan bersandarkan isu video seks yang disiarkan ‘Datuk T’ untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penjelasan

Ada perkaitan ‘video seks’. Cubaan untuk mengiyakan bentuk pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim berkaitan video seks walaupun dalam Islam tidak membenarkan pertuduhan zina (bukan rogol) dengan berbuktikan video klip semata-mata.

Secara jelas, ianya cuba menempelak ulamak ataupun pihak yang mahu kes Anwar Ibrahim didatangkan empat orang saksi bukan bukti video seks.


Kedua, kenapa pelukis membuat perbandingan empat orang saksi? Berkaitan empat orang saksi yang sudah tentu mempunyai perkaitan hukum Islam yang memerlukan empat orang saksi dalam perkara zina walaupun rogol tidak termasuk.

Penjelasan

Kenapa tidak dua, tiga atau selain dari empat? Pelukis karikatur dilihat seakan-akan mempermainkan cara hukuman atau pendakwaan yang memerlukan empat orang saksi yang diketahui umum ada perkaitan dengan cara hukuman Islam yang memerlukan empat orang saksi jika mahu melakukan pendakwaan (dalam kes zina, bukan rogol).

Pelukis menggambarkan kesukaran dalam perkara mendatangkan empat orang saksi berbanding cara polis menyelesaikan untuk pendakwaan dengan mengambil video seks sebagai bahan bukti.


Ketiga, penggunaan rakaman (video klip) sebagai bahan bukti ditolak untuk pendakwaan juga ada perkaitan penghinaan bagi penulis.

Penjelasan

Sudahkah kita lupa, ulamak tersohor Dr Wahbah Zuhaily yang datang ke Malaysia telah menerangkan cara pendakwaan dalam Islam terhadap kes zina dan tuduhan zina. Beliau telah menolak cara pendakwaan melalui cara mendatangkan bukti video klip dan menyatakan itu adalah cara syaitan dan tidak berlandaskan hukum Allah.

Namun bagi pelukis karikatur, cara mendatangkan empat orang saksi (jika andaian pelukis menganggap pendakwaan rogol sama dengan zina) tidak berkesan (mungkin ianya menyusahkan) dan cara pihak berkuasa (polis) menyelesaikannya adalah lebih berkesan dengan menjadikan video klip sebagai bahan bukti.

Dalam masa yang sama, pelukis karikatur memperlihatkan mangsa menjadi mangsa keadaan (teraniaya) jika hanya ada empat orang saksi baharulah pertuduhan boleh dibuat, berbeza dengan cara polis yang memperlihatkan terus bertindak untuk membuat pendakwaan.


Keempat, membandingkan cara penyelesaian pendakwaan yang dibuat pihak berkuasa (polis) menampakkan lebih berkesan berbanding cara mendatangkan empat orang saksi (cara Islam) walaupun rogol bukan dalam kategori memerlukan empat orang saksi.

Penjelasan

Pelukis secara jelas telah membuat perbandingan dalam dua karikatur, penyelesaian cara mendatangkan empat orang saksi (kes zina bukan rogol) dan tidak menerima video klip sebagai bahan bukti pendakwaan dalam hukum Islam dibanding cara penyelesaian melalui pihak berkuasa (polis) yang menerima pendakwaan cara rakaman video klip.

Seolah-olah cara polis membuat pendakwaan lebih berkesan berbanding cara mendatangkan empat orang saksi seperti yang dikehendaki dalam Islam (dalam kes zina, bukan rogol).


Jadi secara jelas, yang tersurat dalam karikatur berkenaan, seolah-olah ada penghinaan terhadap Islam. Namun, orang yang terlibat dan Allah sahaja yang tahu dalam hal ini.

Jika baik niat pelukis (mahu membuat penjelasan perbezaan hukuman Islam dalam perkara zina dan rogol) alhamdulillah, kita bersyukur, namun jika ianya sebaliknya (menghina hukum Allah), maka kita berdoa agar dijauhi dari perkara itu. Semoga Allah memperlihatkan kebenaran di sebalik perkara itu. Wallahu `alam.
Dikuasakan oleh Blogger.