KL Gengster lakar sejarah, catat RM6.2 juta hari ke-4

KL Gengster berjaya mengatasi rekod RM1 juta filem Kongsi di hari pertama tayangan iaitu mengutip RM1.5 juta selepas ianya ditayangkan di 81 buah pawagam seluruh negara mulai 9 Jun lalu.
Kini setelah hari keempat tayangan, filem arahan anak Datuk Yusof Haslam itu terus melakar sejarah kutipan tertinggi filem tempatan apabila berjaya mencatat kutipan RM6.2 juta.
“Siapa kata filem kita tidak mampu pergi jauh? Kutipan hari keempat KL Gangster sudah mencecah RM6.2 juta, “jelas Syamsul dalam laman Facebooknya.
Filem terbitan Skop Production yang menelan kos mencecah RM2.1 juta itu dilakonkan oleh pelakon popular tanah air seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Zizan Raja Lawak dan Sofi Jikan.
Post a Comment