Header Ads

Malaysia menang 2-1 ke atas China Taipei tapi belum selamat

WarkahDaily – Malaysia menang 2-1 ke atas China Taipei dalam perlawanan bola sepak pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu malam.


SAFIQ (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. | foto BHarian
Namun kemenangan itu tidak menampakkan kegembiraan bagi anak buah Datuk Rajagopal kerana terpaksa menerima hakikat Malaysia bolos satu gol di tempat sendiri yang mungkin memberi padah kepada skuad Harimau Malaya dalam perlawanan pusingan kedua di China Taipei Julai nanti.

Bagi China Taipei, mereka lebih selesa dengan kekalahan 2-1 berbanding kalah 1-0 kerana mereka mempunyai kelebihan gol di tempat lawan.

Separuh masa kedua, China Taipei dilihat lebih banyak mengasak kubu Malaysia dengan beberapa percubaan berbahaya mereka namun gawang Malaysia dilihat bernasib baik dengan percubaan tersasar dari penyerang China Taipei.

Selepas kemasukan Abdul Hadi Yahya menggantikan Helmi terus merubah kedudukan apabila Abdul Hadi yang cuba menendang terkena pertahanan China Taipei kemudian Kunalan terus menyambar lantunan bola untuk lorongan buat kapten Malaysia, Mohd Syafiq dan terus membuat rembatan lencong kencang terus ke penjuru kanan pintu gol China Taipei menewaskan penjaga golnya pada minit ke-28.

China Taipei terus nampak longlai selepas gol pertama Malaysia sehingga tamat separuh masa pertama.

Masa kedua bermula, corak permainan Malaysia nampak berubah, Safee Sali terpaksa dikeluarkan Rajagopal kerana tidak dapat beraksi dengan baik dikekang ketat oleh pertahanan lawan. Safee diganti dengan Fakhri Shaarani, Malaysia terus mengasak kubu lawan sehingga gol kedua menjelma hasil tandukan Adil Zafuan pada minit ke-56 selepas menerima hantaran tendangan sudut dari Mohd Syafiq.

Gol kedua Malaysia diraikan hampir 30,000 penonton yang datang memberi sokongan padu untuk skuad Harimau Malaya.

Namun, pertahanan Malaysia nampak leka sehingga memberi ruang kepada China Taipei memasuki ruang gol Malaysia sehingga pertahanan negara diperdaya penyerang China Taipei untuk gol pertama mereka untuk merapatkan jurang dan memberi sedikit kelebihan buat China Taipei yang akan bermain di tempat sendiri menerima kunjungan Malaysia untuk pusingan kedua.

Malaysia lebih banyak mempunyai peluang menarik namun ianya dilepaskan begitu sahaja walaupun pada ketika itu Badrol Bakhtiar hanya berhadapan dengan penjaga gol.

Pemain China Taipei nampak lebih selesa dengan keputusan 2-1 apabila mereka cuba melengah-lengahkan permainan apabila melihat Malasyia terus mengasak bertubi-tubi ke arah pintu gol mereka sehingga wisel penamat pengadil dari Thailand.

Keputusan 2-1 bukan menggembirakan para pemain Malaysia yang mungkin terpaksa bekerja keras lagi di China Taipei Julai ini bagi menempah tiket ke pusingan seterusnya kerana bekalan tipis dan kelebihan lawan yang memperolehi gol mungkin boleh membawa padah.

Yang pasti, Malaysia perlu menang di China Taipei nanti dan Rajagopal dilihat perlu mengubah taktikal lebih meyakinkan kerana beliau mempunyai pilihan beberapa lagi pemain yang tidak diturunkan mala mini termasuk penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talha, Ashaari Samsuddin dan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yang hanya memanaskan bangku simpanan.
Dikuasakan oleh Blogger.