Header Ads

Menteri sahkan Utusan Malaysia siar berita bohong

WarkahDaily – Sebelum ini akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia dilaporkan telah menyiarkan berita kononnya sebuah maahad swasta dijadikan pusat merekrut belia bercirikan fahaman Salafiah Jihadiah.

Kumpulan Utusan melalui terbitannya, Mingguan Malaysia telah mendakwa sebuah maahad swasta merekrut belia malah pelajar yang direkrut di maahad atau pembelajaran agama Islam dipercayaai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Berita yang disiarkan di muka depan akhbar rasmi Umno itu mendakwa, kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara pemimpin dari Indonesia Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

Berita dipetik dari The Malaysian Insider, kerana pendedahan yang samar-samar dibuat Utusan itu, Dewan Pemuda PAS pusat telah mendesak kerajaan agar menjelaskan sekolah maahad swasta manakah yang dikatakan sedang menjalani proses merekrut anggota-anggota JI dan siapakah sumber yang dikatakan risikan antikeganasan, seperti yang disiarkan di muka hadapan Utusan (Mingguan) Malaysia kelmarin.

“Akhbar Utusan (Mingguan) Malaysia itu juga melaporkan, kononnya maahad itu sebagai transit merekrut rakyat tempatan sebelum menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda dan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro) di Selatan Filina selain masih aktif sehingga hari ini menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah,” kata ketuanya Nasrudin Hasan dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin.

Bagi Nasrudin, pendedahan membuta-tuli itu yang terlalu samar bila mana sumber risikan itu tidak didedahkan dan sekolah maahad mana tidak disebut, secara langsung ia akan menimbulkan rasa takut dan tidak selesa dalam negara terutamanya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah maahad berkenaan. Baca laporan TMI di sini.

Menteri nafi fitnah Utusan

Dalam perkembangan lain, dipetik dari The Malaysian Insider, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) telah menafikan apa yang dilaporkan akhbar rasmi Umno itu yang kononnya ada sebuah maahad swasta dikesan cuba merekrut belia menyertai kumpulan militan.

Beliau berkata sebenarnya yang berlaku ialah kumpulan berfahaman ekstrem dan berasaskan ideologi pemimpin militan seperti JI sentiasa bergerak untuk menyerap masuk ke dalam sekolah-sekolah ini.

Ini bermakna tuduhan yang dibuat Kumpulan Utusan itu adalah fitnah dan tidak tepat kerana kumpulan yang dianggap ekstrem dan berasas idealogi militan itu sekadar mencuba untuk menyelinap masuk ke sekolah berkenaan, dan bukannya sekolah berkenaan sudah dijadikan tempat latihan kumpulan militan seperti yang dituduh Utusan (Mingguan Malaysia).

Jamil Khir turut menambah, pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri-negeri akan memantau kegiatan JI dan kumpulan militan lain yang cuba meresap masuk menyebarkan fahaman ekstremis mereka ke sekolah-sekolah agama.
Dikuasakan oleh Blogger.