Header Ads

MyVi baru boleh ditempah 4 Jun ini dengan hanya RM400

WarkahDaily – Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bakal melancarkan Perodua MyVi baru pada 16 Jun 2011 namun orang ramai sudah pun boleh membuat tempahan pada 4 Jun ini dengan hanya RM400 sebagai bayaran tempahan walaupun harga sebenar model berkenaan akan diketahui pada hari pelancaran pertengahan Jun.

Menurut Perodua, tempahan boleh dibuat di 178 pusat jualannya seluruh negara dan orang ramai hanya boleh melihat model itu di semua pusat jualan dan cawangan perkhidmatan terpilih ketika hari pelancaran.

Model berkenaan dikeluarkan dengan dua variasi automatik dan manual. MyVi 2011 itu didatangkan dengan lebih bergaya dan peningkatan ciri keselamatan.

Selain menjimatkan penggunaan petrol, model itu juga didatangkan dalam enam warna dan Perodua menjangkakan sasaran jualan model baru itu, bakal terjual sebanyak 8,500 unit sebulan.
Dikuasakan oleh Blogger.