Header Ads

Nissan Grand Livina talaan IMPUL lebih sporty

WarkahDaily - Nissan membuat penampilan baru dan lebih garang dan sporty terhadap model MPV saiz sederhananya iaitu Grand Livina. Ia ditampilkan sempena acara Super GT International Series 2011 oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) baru-baru ini.


Penampilan bodykit dan logo IMPUL yang lebih garang dan menyerlah.
Kerana sambutan hangat diberikan terhadap model MPV bersaiz sederhananya itu, Nissan telah pun melancarkan model Grand Livina yang sudah diperbaharui Grand Livina Facelift dan kini lebih bergaya muda dengan versi talan IMPUL yang lebih istimewa.

Kelainan yang diberi buat model Nissan Grand Livina versi talaan IMPUL dengan lebih agresif dan dinamik dengan perubahan pada ‘bodykit’ sekeliling MPV berkenaan (kedua-dua sisi, depan dan belakang). MPV itu juga diberi nafas baru dengan tarikan utama aerokit gril hadapan yang menggabungkan logo baru IMPUL, spoiler belakang.

Nissan Grand Livina talaan IMPUL ini juga diserlahkan dengan ekzos yang dibina dari besi tahan karat berkualiti tinggi dan turut hadir dengan kemasan logo IMPUL yang ditempa pada paip eksoz nyata lebih sepadan dengan rekabentuk baru di bahagian belakang.

Bagi menampakkan kemantapan di jalan raya, Nissan Grand Livina talaan IMPUL didatangkan lebih rendah berbanding versi biasa MPV itu. Ia direndahkan 25mm berdasarkan sistem suspensi IMPUL sebagai penyerap hentak dan penggunaan spring sport dari IMPUL. Ini membuatkan pemanduan lebih menyerlah dan stabil dan membuat pegangan stereng lebih yakin.


Grand Livina talaan IMPUL dilengkapkan dengan spoiler belakang yang lebih sporty dan dipasang ekzos dari IMPUL.
Nissan Grand Livina talaan IMPUL ini turut dilengkapi dengan ‘Rim aloi’ IMPUL Aura SX-10 bersaiz 17 inci yang lebih nampak sporty dan memberi kelainan kepada pemandu yang mementingkan personaliti dan jiwa muda. Ia dibina melalui proses Impul New Super Cast (Tempaan Baru Impul) bagi membolehkan penjimatan berat dicapai antara 20 hingga 30 peratus berbanding proses biasa.

Jentera enjin yang diperbaharui menggunakan teknologi terkini bagi mengoptimumkan penggunaan petrol dan langkah lebih jimat dan bertenaga.

Harga yang ditawarkan serendah RM97,500 bagi model 1.6 manual Comfort, RM100,500 bagi 1.6 automatik Comfort dan RM109,500 bagi 1.8 automatik Comfort. Semua berdasarkan harga atas jalan termasuk insuran.

Nissan Grand Livina Talaan IMPUL diberi jaminan selama tiga tahun atau penggunaan kilometer sejauh 100,000 KM.
Dikuasakan oleh Blogger.