Header Ads

Pakai baju berlogo bersih ditahan, baju ada gambar lucah dibiarkan

WarkahDaily – Rakyat semakin konfius dengan tugas sebenar polis di negara ini samada menghalang kegiatan jenayah atau pun membantu kerajaan Umno-BN menghalang kebangkitan rakyat.

Petikan Harakahdaily

Tujuh pemuda PAS yang ditahan jam 11 tengahari semalam kerana memakai baju Bersih 2.0 di Taman Kosas, Ampang dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi.

Mereka, Fadzlulrahimi Maarof, Shahril Suhaimi, Engku Faizan Engku Husien, Adha Isa, Fathullah Azam, Rozaimi dan Shafiee Yunos dibebaskan dengan jaminan polis selepas 15 jam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Kesemua mereka semalam ditahan kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi. Baca selanjutnya di sini.

Mungkin pihak polis yang menghalang atau menangkap rakyat yang mahu meluahkan perasaan tidak puas hati mereka kepada kerajaan Umno-BN yang ego dan tidak lagi mempedulikan kehendak rakyat dengan memakai baju bertulis BERSIH sekadar menurut perintah pihak atasan namun inilah keadaan sebenar negara yang selalu melaung-laungkan rakyat diutamakan, Malaysia negara demokrasi tapi sebaliknya pula berlaku.

Dengan kata lain, nampak muka baik, tapi hati jahat lebih dari Yahudi. Bahkan Yahudi pun tidak menghalang rakyat mereka untuk suarakan hak mereka. Tapi di Malaysia, negara yang dipimpin oleh orang yang mengaku beragama Islam tapi tidak seperti orang Islam.

Kerana baju pun mereka menangkap rakyat. Apa sudah jadi ni. Yang peliknya, kenapa baju yang berlukiskan gambar porno, lucah dan ganas dibiarkan berleluasa. Lihat di pasar-pasar malam yang menjual t-shirt yang mempunyai gambar yang tidak sepatutnya yan menonjolkan keganasan dan kerosakan moral. Tapi ianya tidak diendahkan kerana tidak memberi apa-apa kesan kepada kuasa kerajaan Umno-BN.

Tetapi t-shirt BERSIH 2.0 pula ditakuti. Secara logik, apa yang bahaya sangat dengan BERSIH berbanding gambar tengkorak, brutal, punk, lucah dan porno yang berleluasa dibiarkan ianya dijual dan dipakai muda-mudi.

BERSIH 2.0 sekadar sebagai platform rakyat mengutara dan menyuarakan kehendak mereka yang mahukan SPR adil, telus dan bersih mengatur pilihanraya. Bukannya mereka mahu menggulingkan kerajaan secara tidak ‘gentle’. Rakyat bukan sejahat kerajaan Umno-BN yang menang pilihanraya dengan cara kotor.

Pelbagai tuduhan jahat dilemparkan kepada aktivis BERSIH 2.0, konon mahu menghidupkan gerakan komunis, mahu merosakkan keharmonian negara dan sebagainya. Itu adalah fitnah pemimpin yang pengecut dan takut berhadapan dengan rakyat.

Suara rakyat bukannya didengar dan diambil perhatian tetapi dilanyak dan ditindas semahu-mahunya. Betapa sombong dan bongkaknya para pemimpin yang hanya berani berselindung di sebalik pihak berkuasa yang dikambing hitamkan.

Pemimpin Umno-BN tidak mahu menerima kenyataan, SPR yang dituntut melakukan pilihanraya bersih dan adil, tapi pemimpin Umno-BN pula yang sibuk mengerahkan pihak polis menangkap rakyat yang mahukan pilihanraya telus.

Pemimpin Umno-BN terlalu takut dengan ketelusan, keadilan dan pilihanraya bersih kerana mereka sudah mengerti, bila kehendak rakyat itu dituruti, sudah pasti mereka akan kehilangan kuasa mereka yang selama ini bersandarkan penipuan dan pembohongan semata-mata.

Kerana kuasa, mereka sanggup melayan rakyat sendiri seperti banduan, penjenayah dan komunis. Terang lagi nyata, kerajaan seperti ini sudah tidak lagi diperlukan di muka bumi ini. Bahkan perlu dikuburkan terus dari bumi Malaysia.
Dikuasakan oleh Blogger.