Header Ads

Peningkatan luar biasa kos lawatan Najib dan Rosmah semenjak 2008

WarkahDaily – Semalam dipetik dari portal Malaysiakini, memberitahu kos bagi pembiayaan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur untuk lawatan rasminya meningkat secara luar biasa. Ketika jadi TPM berboros, dah jadi PM lagilah berboros.

Kos pembiayaan diambil kira ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri hingga kini selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Menurut Malaysiakini lagi, Najib telah mengambil alih jawatan PM dari Tun Abdullah Badawi pada 9 April 2009. Ketika itu, perbelanjaan pembiayaan lawatan PM dan isteri terus naik secara luar biasa.

Berdasarkan data yang dilaporkan Malaysiakini, kos lawatan perdana menteri dan isteri telah meningkat daripada RM1.74 juta pada 2008 (Tun Abdullah sebagai PM) kini RM5.4 juta pada 2011 (Najib menjadi PM).

Sebelum itu, tahun 2008, kerajaan juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menanggung lawatan Najib dan isteri. Ketika itu beliau menjawat jawatan TPM, sebanyak RM2.75 juta telah dibelanja untuk lawatan beliau dan isteri sehingga melebihi perbelanjaan Tun Abdullah sebagai PM ketika itu (RM1.7 juta).

Selepas mengambil alih jawatan PM pada tahun 2009, kos pembiayaan bagi lawatan PM dan isteri meningkat sehingga mencapai RM4.8 juta.

Lebih mengharu-birukan, bagi tahun 2011, untuk separuh tahun pertama (6 bulan), perbelanjaannya telah melebihi jumlah bagi satu tahun untuk 2010. Kos untuk 2010, kerajaan membelanjakan RM5.1 juta untuk membiayai lawatan Najib dan isteri. Bagi tahun 2011 pula, setakat separuh tahun pertama (6 bulan), kenaikan kos sebanyak RM5.4 juta.

Laporan ini berdasarkan jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua berkaitan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung kerajaan untuk membiayai lawatan PM dan TPM.

Jelas sekali, Najib dan isteri begitu banyak menghabiskan wang rakyat untuk lawatan rasminya, baik ketika beliau menjawat jawatan PM atau TPM.

Rekod ini lebih memburukkan lagi apabila negara dilaporkan berada dalam keadaan ekonomi tenat dan tidak stabil sehingga rakyat dipaksa kerajaan BN untuk mengubah cara hidup dengan berbelanja secara berhemah dalam masa yang sama harga barangan dinaikkan sewenang-wenangnya.
Dikuasakan oleh Blogger.