Header Ads

PERKASA suka tayangan video seks?

WarkahDaily – Rasa macam tak percaya sebuah kumpulan sorak Umno yang digelar PERKASA yang sebelum ini mendakwa mereka adalah pejuang Melayu dan Islam dan mempertahankan Islam tapi hari ini memberi sokongan padu kepada penayang-penayang video seks dan lucah di khalayak.

Ketika proses perbicaraan kes ‘Datuk T’ di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kesalahan menayang video seks di khalayak, para penyokong PERKASA kelihatan sejak awal pagi datang memberi sokongan padu kepada tertuduh.

Dipetik dari The Malaysia Insider, kira-kira 150 orang pengikut PERKASA (ahli Umno kot) bukan sahaja datang memberi sokongan terhadap Datuk T, bahkan mereka melaungkan sokongan kepada Datuk T, sambil membawa poster yang tertulis “Bebaskan Datuk T”, “Tindakan Datuk T Wajar”, “Kita Tengok Siapa Yang Benar”, “Kami Sokong Datuk T”, “Hidup Datuk T” dan “Kami Sayang Datuk T.”

Mak oi, sayang benar puak-puak PERKASA barua Umno ni dengan orang yang menayang video lucah. Nampak macam suka je tayangan video seks di khalayak. Nampak semacam suka dan setuju je dengan tayangan seks, lebih-lebih lagi di khalayak.

Hari ini, Datuk T yang terdiri daripada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik telah mengaku bersalah terhadap tuduhan menayang video seks kepada para wartawan media perdana di hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.

Mereka dihukum denda RM5,500 oleh mahkamah. Baca sini.
Dikuasakan oleh Blogger.