Header Ads

Polis cuba lindungi individu sebar video seks - Anwar

WarkahDaily – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kredibiliti polis kerana gagal menjalankan tugas berkaitan isu penyebaran video seks yang didakwa membabitkan dirinya.


Anwar Ibrahim
Kegagalan pihak berkuasa itu dilihat secara tidak langsung wujud arahan daripada 'pihak atasan' bagi melindungi penyebar video berkenaan (Datuk T).

Anwar turut mendakwa pihak polis cuba melindungi ‘Datuk T’ dengan berkata, "Apa yang saya tahu sekarang polis masih bagi perlindungan kepada mereka”.

Keadaan itu juga memberi pandangan umum bahawa negara Malaysia menjadi negara bebas menyebar video seks tanpa ada tindakan pihak berkuasa.

"Inilah satu-satunya negara di mana video seks boleh diedar di seluruh negara dan polis tak tahu nak buat apa," kata Anwar dalam sidang media di lobi Parlimen semalam.


Trio 'Datuk T'
Anwar turut menambah, perkara ini ada arahan pihak atas iaitu Umno untuk menjatuhkan karier politiknya dan trio 'Datuk T' hanya perkakas kepada Umno.

Anwar berkata, pihaknya kini menunggu siasatan polis untuk mengambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab mendedahkan video seks berkenaan.

“Kalau pembangkang yang sebarkan video, sudah tentu polis akan mengambil tindakan serta merta, tetapi disebabkan mereka ada hubungan dengan UMNO, mereka bebas daripada sebarang tuduhan,” kata Anwar.
Dikuasakan oleh Blogger.