Header Ads

Rejim Israel curi simpanan gas asli Gaza

GAZA: Pegawai agensi tenaga Palestin mengecam rejim Israel kerana mencuri simpanan gas asli di Gaza.


Israel merampas sumber asli Gaza, undang-undang rizab gas adalah milik rakyat Palestin.
Awal minggu ini, syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat, Noble Energy diberikan kebenaran oleh Kementerian Infrastruktur Israel untuk mencari gali di kawasan simpanan gas asli terletak di perairan Genting Gaza.

Tel Aviv sejak beberapa tahun lalu menggunakan simpanan minyak dan gas di timur laut Gaza, iaitu antara kawasan Palestin yang dirampas Israel dengan nilai sumber asli dianggar bernilai AS$4 bilion (RM12 bilion).

Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan jelas menetapkan kekayaan sumber asli di Genting Gaza adalah hak penduduk yang mendiami wilayah Palestin itu.

“Rejim Zionis tahu mereka tidak akan didakwa mencuri sumber asli Gaza seperti mereka mencuri tanah Palestin kerana konspirasi antarabangsa yang membenarkan perbuatan biadap itu,” menurut seorang penganalisis politik, Haidar Eid.
Dikuasakan oleh Blogger.