Seorang budak perempuan mempunyai tabiat pelik makan mancis

Tiara Handayani, anak bongsu pasangan Bejo, 34, dan Sri Handayani, 28, dilaporkan mula mengamalkan tabiat pelik itu ketika berusia setahun.
Ibu bayi terbabit mendapati anaknya itu mengunyah bahagian belerang mancis itu dan membuang batangnya.
“Kami terkejut apabila mendapati Tiara memakan sekotak penuh mancis tetapi kami lega kerana dia tidak mengadu sakit perut atau sakit kepala kerana memakannya,” kata Sri Handayani, ibu Tiara kepada agensi berita Antara.
Ibu bapa Tiara cuba menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi budak berkenaan mempunyai cara sendiri untuk memastikan tabiatnya itu dapat dipenuhi. –Agensi
Post a Comment