Header Ads

Skuad Olimpik negara dibelasah skuad Olimpik Qatar

WarkahDaily – Moral pemain skuad Olimpik Malaysia bimbingan Ong Kim Swee jatuh menjelang pertemuan dengan Lebanon pada 19 Jun ini dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Olimpik selepas teruk dibelasah pasukan Olimpik Qatar 4-0 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hamad bin Jassim Isnin lepas.


SKUAD OLIMPIK: Pemain Qatar Fadhl Omer (kanan) bertarung untuk mendapatkan bola dengan pemain Malaysia Muhammad Irfan dalam perlawanan persahabatan di Stadium Hamad bin Jassim, 13 Jun 2011. | foto Reuters
Pasukan Olimpik Qatar mengambil masa lapan minit untuk mendahului dua gol di depan hasil jaringan Hassan Al Haidous. Qatar terus memberi tekanan kepada skuad Ong Kim Swee yang bermain dalam keadaan cuaca panas dan kering apabila menambah dua lagi gol di masa pertama, masing-masing melalui Murad Naji (m-33) dan Abdulaziz Al Ansari(m-37).

Penyerang Al Sadd, Hassan Al Haidous meletakkan Qatar di hadapan dalam minit pertama sebelum menambah jaringan peribadinya (gol kedua) lapan minit kemudian untuk kemenangan selesa Gatar.

Pertahanan Qatar, Murad Naji menambah derita skuad Olimpik Malaysia apabila menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 33 minit kemudian diikuti oleh Abdulaziz Al Ansari yang meledakkan gol empat minit kemudian .

Skuad Olimpik negara melepaskan peluang terbaik mendapatkan gol tunggal apabila pengadil memberikan sepakan penalti selepas Wan Zack Haikal dijatuhkan lawan namun gagal disempurnakan oleh Mohd. Fandi Othman.

Dalam perlawanan berkenaan, Kim Swee menurunkan kesemua pemain kecuali Khairul Fahmi Che Mat dan Zubir Azmi.

Skuad Olimpik Malaysia bakal berdepan Lebanon pada 19 Jun ini pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua kelayakan Olimpik sebelum bermain di Stadium Nasional Bukit Jalil, 23 Jun. Bagi Qatar, ia merupakan ujian sebelum berhadapan India minggu depan dalam kelayakan Olimpik.
Dikuasakan oleh Blogger.