Header Ads

Taib Mahmud nafi ada akaun sulit di Switzerland tapi di Jerman NGO Eropah mahu ianya dibekukan

WarkahDaily – Kelmarin Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu konon beliau akan membuat kejutan buat pembangkang berkaitan dakwaan rasuah yang dihadapinya.

Kejutan yang didakwa Taib itu, akhirnya diluahkan beliau dalam sesi soal jawab Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam, beliau tidak mempunyai sebarang akaun sulit di Bank Swiss dan sebarang aset di Switzerland seperti yang didakwa Dana Bruno Manser (BMF).

"Biarlah saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak mempunyai akaun rahsia di Bank Swiss mahupun aset atau pelaburan dalam apa jua bentuk di Switzerland.

“Tidak ada sama sekali," kata Taib dipetik dari Malaysiakini.

Taib memberi penjelasan itu berhubung siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan itu berikutan keputusan yang dikatakan dibuat oleh Agensi Anti Pencegahan Rasuah Switzerland untuk membekukan aset beliau baru-baru ini.

Di Switzerland tiada, di Jerman bagaimana?


Anti Taib Mahmud: Protes yang berlaku di luar negara (London dan Ottawa) berkaitan pemilikan aset secara tidak sah keluarga Taib di luar negara.
Dalam kenyataan media semalam, NGO Switzerland Dana Bruno Manser (BMF) berkata pihaknya telah menulis surat kepada canselor Jerman meminta campur tangannya berkaitan pemilikan aset Taib Mahmud di negara itu.

Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald kepada pihak berkuasa Jerman agar membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak itu. Baca selanjutnya di sini.

Habis kalau kat Switzerland tiada, di Jerman pula bagaimana. Kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Pulak tu bukan rakyat Malaysia yang boleh dituduh sebagai musuh Taib yang mahu memalu atau menjatuhkannya tetapi mereka yang membuat pendedahan dan tekanan untuk membeku aset Taib itu adalah dari luar negara yang boleh dikatakan tiada kepentingan apa-apa terhadap selok-belok di negara ini, lebih-lebih berkaitan Taib Mahmud di Sarawak.

Tapi bagi penulis WarkahDaily, di mana aset berkenaan disimpan tak penting sangat tetapi perkara pokoknya, pengumpulan harta anak-anak dan kroni secara ‘rompakan’ dan rasuah yang diambil dari hak rakyat menjadi persoalannya.

Inilah akibatnya bila negara diperintah pemimpin Barisan Nasional (BN), kekayaan negara dipunggah sesama sendiri beberapa pemimpin tidak bertanggungjawab, tapi kehidupan rakyat semakin tertindas dan tertekan. Sampai bila ianya harus dibiarkan. Sudah 50 tahun lebih, tapi kehidupan rakyat negara ini masih lagi di tahap lama dan makin tertindas.
Dikuasakan oleh Blogger.