Header Ads

Tony Fernandes sedia untuk membuat tawaran ambil alih West Ham

ENGLAND: Ahli perniagaan terkenal Malaysia, Tony Fernandes mengumumkan telah membuat tawaran untuk memiliki pasukan West Ham yang baru-baru ini tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.


Fernandes membuat tawaran untuk memiliki pasukan West Ham dari Gold & Sullivan.
"Kepada semua peminat West Ham, tawaran tersebut telah disampaikan kepada pemilik West Ham. Mari kita lihat adakah mereka menerimanya ataupun tidak," kata Fernandes yang juga pemilik syarikat AirAsia dan Pasukan Formula Satu, Lotus Racing, di halaman Twitternya.

Fernandes membuat pengumuman itu pada Khamis (waktu Malaysia), hari yang sama pemilik kelab David Sullivan dan David Gold, mengumumkan Sam Allardyce sebagai jurulatih baru West Ham setelah mereka memecat Avram Grant.

"Sekarang saya hanya menghormati proses tersebut. Jika ia berhasil, berhasillah. Kalau senyap, ia senyaplah," tambahnya. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.