Header Ads

Utusan Malaysia tolong war-warkan kebodohan Zahid Hamidi

WarkahDaily – Satu laporan Utusan Malaysia yang bertajuk ‘Nik Aziz digesa solat istikharah’ yang memetik kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam telah membuktikan betapa jahilnya pemimpin Umno berkenaan berkaitan hukum feqah.

Sengaja atau tidak, ucapan terima kasih buat Utusan Malaysia kerana membongkarkan kebodohan dan kejahilan Zahid (gambar) berkaitan agama walaupun Naib Presiden Umno itu adalah lepasan Kolej Islam dan pernah diamanahkan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.

Zahid dipetik berkata, “Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan solat sunat istikharah untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak”.

Dipetik dari Harakahdaily, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali dalam ulasan berkaitan kenyataan Zahid itu menjelaskan, solat istikharah tidak dilaksanakan untuk bertujuan yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dalam isu ini, katanya seseorang itu tidak dianggap bersalah melakukan kesalahan zina selagimana tidak didatangkan dengan empat orang saksi.

Ini, ujarnya adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT secara jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Ianya merupakan kaedah keterangan yang dipegang di dalam Islam.

Katanya, selagi mana tidak di datangkan 4 orang saksi maka sesorang itu adalah tidak bersalah dan tidak melakukan zina.

“Tiada seorang Islam pun yang berhak untuk keluar daripada ketetapan Allah SWT ini,” tegasnya.

Sekarang jelas sekali, betapa bodoh dan jahilnya pemimpin Umno dalam perihal agama dan tidaklah pelik jika sekiranya selama ini komen dan idea mereka ini sentiasa bertentangan dengan Islam.

Dr Khairuddin turut meminta ulama di dalam Umno memberi nasihat kepada pemimpin mereka supaya berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan urusan agama sebelum masyarakat turut menjadi haru biru dek kerana kenyataan tersebut.

Buat Utusan Malaysia, semenjak menyiarkan kartun menghina Islam, semakin hari semakin tidak keruan dan tertekan sehingga tanpa disedari tersiar berita yang menjatuhkan maruah pemimpin mereka sendiri.

Tak mustahil niat asalnya mahu memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), namun tidak sengaja terlondeh kebodohan dan kejahilan pemimpin sendiri. Rasa dah hebat sangat dah, tapi rupa-rupanya bodoh juga akhirnya. Kan tak pasal-pasal malu di tengah jalan.
Dikuasakan oleh Blogger.