Header Ads

Video seks: Mengaku salah juga akhirnya tapi kena RM5,500 je

WarkahDaily – Prosiding pagi tadi, ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim dan ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mengaku bersalah atas tuduhan yang berkaitan penayangan video seks kepada khalayak.


BANGGA: Sempat tunjuk tanda bagus walaupun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini. | foto The Malaysia Insider
Eskay dan Shuib didakwa atas kesalahan menayangkan video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka di hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu manakala Abdul Rahim Thamby Chik secara berasingan didakwa bersubahat dengan Shazryl dan Shuib.

Kelihatan dengan tenang, mereka bertiga mengaku melakukan kesalahan berkenaan tanpa segan silu sambil berbangga kononnya dapat membongkarkan kegiatan maksiat yang dilakukan Anwar. Tayang filem lucah bukan maksiat ke?

Mereka bertiga dikenakan denda sebanyak RM5,500, masing-masing Shazryl didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan sementara Shuib RM1,500 atau dua bulan penjara dan Abdul Rahim Thamby Chik RM1,000 atau sebulan penjara.

Keputusan itu dibuat Majistret Aizatul Akmal Maharani selepas mendengar hujah-hujah yang dikemukakan pihak tertuduh.

Dipetik dari The Malaysia Insider, mereka bertiga diminta membayar denda itu pada hari yang sama hukuman dijatuhkan (hari ini) dan jika tidak mereka boleh dipenjara.

Seingat penulis WarkahDaily, ada pesalah jalanraya (kesalahan had laju) yang membuat bayaran saman ekor tempoh hari lebih banyak dari apa yang perlu dibayar Datuk T atas kesalahan tayang video seks. Menunjukkan kesalahan menayang video seks di khalayak lebih ringan berbanding kesalahan had laju.

Namun, apa yang pasti Datuk T dah mengaku bersalah dan kepada yang mengikuti perkembangan isu ini boleh berfikir secara waras berkaitan sumpah dan kedudukan Datuk T sebagai saksi pertuduhan melakukan seks terhadap Anwar yang boleh dipertikai disebabkan mereka bertiga memperlihatkan perasaan bangga hasil penayangan video seks di khalayak.

Hasil pengakuan bersalah Datuk T, sudah pasti moraliti yang ditunjukkan mereka jelas sekali sudah terpalit dengan kerja kotor yang menyalahi lunas-lunas kesopanan masyarakat timur yang terdiri daripada majoriti beragama Islam, inikan pula mahu membuat tuduhan yang belum pasti kebenarannya terhadap Anwar.

Yang terakhir, bagi penulis WarkahDaily, pengakuan bersalah dan hukuman ringan yang dikenakan ke atas Datuk T telah memperlihatkan kepada dunia, betapa negara kita ini tidak memandang serius dengan tindakan konspirasi menjatuhkan seseorang termasuk ahli politik dengan bermodalkan seks dan lucah.
Dikuasakan oleh Blogger.