Header Ads

Wanita ditahan selepas didakwa menyembur polis dengan susu payudaranya

DELAWARE: Seorang wanita yang memancut anggota syerif di sini dengan susu badannya berdepan dengan tuduhan berkelakuan tidak sopan.


Stephanie Robinette, 30, dituduh memancutkan susu dadanya ke arah pegawai polis yang cuba untuk menahan beliau.
Pejabat Syerif di Delaware County berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai pergaduhan antara sepasang suami isteri.

Seorang lelaki mengadu isterinya mabuk selepas minum terlalu banyak di satu majlis perkahwinan dan memukulnya sebelum mengunci diri di dalam kereta.

Syerif menemui wanita berkenaan di dalam sebuah kereta dan cuba memujuknya supaya keluar tetapi dia enggan memberi kerjasama. Apabila mereka cuba menariknya keluar, wanita itu memberitahu mereka, dia ibu yang menyusukan anak. Dia kemudian mendedahkan dadanya sebelum memancut syerif berkenaan dengan susunya.

Pihak berkuasa berkata, Stephanie Robinette dari Westerbille menghadapi tuduhan, termasuk keganasan rumah tangga, menyerang dan berkelakuan tidak sopan. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.