Header Ads

Wardina nafi sertai politik, mahu ambil tindakan undang-undang terhadap blogger

WarkahDaily – Golongan artis dan selebriti menjadi begitu popular kini. Semuanya kerana mahu menjadikan ikon daya penarik kepada pengundi muda yang bakal merubahkan suasana politik pada pilihanraya umum ke-13 nanti.


SALAH FAHAM: Kelibat Wardina dalam program anjuran PKR menyebabkan berlakunya salah faham konon beliau menyertai parti itu.
Muda-mudi dilihat lebih cenderung menjadikan artis dan selebriti sebagai ikon mereka dan populariti artis berkenaan mungkin boleh memberi impak kepada perubahan politik negara.

Jika ada golongan demikian yang menyertai Pakatan Rakyat (PR), barua Umno akan gundah-gulana sehingga melatah dan cuba menyerang peribadi artis berkenaan dengan mengungkit-ungkit peristiwa-peristiwa lama artis itu. Dengan kata lain, Umno mahu menyatakan, usah mimpi hangpa nak insaf

Bagi Umno, dalam dunia ini tiada yang boleh berubah, jika jahat seseorang, maka jahatlah selama-lamanya tanpa mempercayai akan sifat ‘Al-Hadi’ (Maha memberi petunjuk) yang berkaitan hidayah.

Dan yang pasti, Umno tidak mahu golongan yang bergelumang dengan maksiat itu insaf dan kembali kepada ajaran Islam yang syumul. Umno lebih suka yang jahat terus jahat.

Heboh Wardina sertai PKR

Beberapa hari lalu, dunia politik tanahair digemparkan dengan penyertaan selebriti popular dan pengacara rancangan ‘Malaysia Hari Ini’, Wardina Safiyyah Fadlullah dengan PR dan dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Himpunan BERSIH 2.0.

Sehingga ada melaporkan Wardina suatu hari nanti akan bertanding di parlimen Lembah Pantai mahu melawan Shahrizat Jalil atas tiket PKR.

Keadaan itu menyebabkan barua-barua Umno kemarut dan melatah tak tentu pasal. Para blogger mula menyerang peribadi selebriti berkenaan sehingga sanggup mengaibkan selebriti itu dengan kisah-kisah lampau sebelum berubah dengan penampilan lebih kemas dan sopan.

Ada yang mengungkit Wardina lari dari rumah, derhaka dengan keluarga dan ada yang lebih jahat menyiarkan gambar-gambar selebriti berkenaan ketika zaman remajanya yang tidak membuka aurat. Perkara itu memberi aib yang sangat kepada Wardina dan keluarganya.

Bagi Umno, para artis yang mahu insaf jika menyertai PR, mereka akan pastikan kehidupan lampaunya akan dihebahkan kepada umum. Jelas sekali mereka ini cuba mempraktikkan cara zionis dan yahudi mengugut musuh dalam arena politik supaya golongan yang mahu berubah akan diugut dengan kehidupan silam mereka.

Wardina nafi terlibat dengan parti politik

Hari ini, Wardina telah menafikan khabar angin yang beliau terlibat dengan PR dan menyertai PKR dan Himpunan BERSIH 2.0.

“Saya menyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Wardina dikaitkan dengan PRK selepas beliau kelihatan hadir dalam majlis Karnival Mesra Rakyat anjuran Pakatan yang turut dihadiri Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Wardina dalam kenyataannya menyebut, kehadiran beliau ke program itu atas dasar jemputan dan memberi ceramah motivasi keibubapaan.

Padahal kehadirannya itu tidak pula diberitahu Azmin juga akan hadir.

“Oleh sebab itu saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

“Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak akan saya nak beredar,” jelas Wardina lagi.

Tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

Selepas khabar angin beliau menyertai PKR, Wardina diserang bertubi-tubi para blogger Umno dengan pelbagai keaiban yang mencemar peribadi dan keluarganya.

Bagi Wardina, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blogger adalah satu perkara yang serius dan mengaibkan diri dan keluarganya. Justeru katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel-artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

Sudah menjadi trend para blogger barua Umno akan menyerang peribadi seseorang yang cuba mendekati Pakatan Rakyat. Segala kisah lampau akan diungkit-ungkit supaya dapat melemahkan perasaan ingin berubah seseorang individu itu.

Berlainan pula jika seseorang itu cuba mendekati Umno, seperti AC Mizal yang dilaporkan sedikit masa lalu telah menyertai Umno dan mahu berjuang bersama Umno.

Para blogger Umno cuba mengangkat AC Mizal seperti perwira, dijulang seperti orang mulia, Mengwar-warkan artis itu adalah manusia hebat dan berjaya walaupun yang realitinya terpalit dengan pelbagai kontroversi yang mencemarkan kesucian agama. Orang kenal bagaimana kehidupan artis berkenaan. Semuanya hipokrit bodoh para blogger Umno yang tidak lekang dari budaya fitnah dan membodohkan rakyat.
Dikuasakan oleh Blogger.