Header Ads

Warga Kemboja untuk selamatkan kerajaan BN?

WarkahDaily – Umno-BN kini dalam keadaan terdesak mahu kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13 dengan pelbagai cara tidak kira ianya menggadai keselamatan negara.

Dilaporkan Umno-BN sedang berusaha membawa seberapa ramai rakyat negara jiran masuk ke negara ini bagi membolehkan mereka mengundi bagi pihak BN dalam PRU-13.

Menurut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, seramai 50 orang rakyat dari negara Kemboja dibawa masuk melalui pintu masuk Kelantan dan didapati mereka tidak pulang semula ke negara asal.

Keadaan itu berlaku sejak sebulan lalu dan dilaporkan masih berterusan sehingga kini.

“Kemasukan rakyat Kemboja seramai 50 orang sehari merupakan sesuatu yang luar biasa kerana sebelum ini tidak pernah rakyat negara itu masuk ke Malaysia seramai itu, lebih-lebih lagi angka tersebut berterusan setiap hari sejak lebih sebulan lalu, “ bongkar Siti Zailah yang juga MP Rantau Panjang.

“Saya mengetahui perkara ini melalui maklumat orang ramai dan sumber yang boleh dipercayai, “ jelas Zailah.

Berdasarkan pendedahan itu, jelas sekali Umno-BN terlalu takut mengalami kekalahan dalam PRU-13 nanti dan mula membuat ‘persiapan jahat’ bagi mengekalkan kuasa mereka.

Memang tepat sekali apa yang dipinta bos Umno-BN, Najib Razak yang mahu barua-barua Umno-BN berusaha sedaya-upaya merampas kembali negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).

Najib menegaskan kepada barua-barua Umno-BN agar menggunakan segala jenis ‘senjata’ bagi merampas negeri PR. Maka tidak mustahil, apa yang didedahkan MP PAS Rantau Panjang adalah sebahagian usaha Umno-BN mengekalkan kuasa dan merampas negeri-negeri PR.
Dikuasakan oleh Blogger.