Header Ads

Al-Fatihah: Dr Lo’ Lo’ kembali ke rahmahtullah

WarkahDaily – PAS telah kehilangan sebutir permata yang dirasai kehilangannya oleh seluruh pimpinan PAS dan ahlinya termasuk pengundi di kawasan allahyarhamah, Parlimen Titiwangsa sejak pilihanraya umum (PRU) ke-12.

Dilaporkan pemergian allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ (gambar) pada kira-kira jam 10.15 malam, semalam di Hospital Selayang.

Allahyarhamah sebelum itu menerima rawatan di hospital berkenaan kerana kanser.

Menurut anak allahyarhamah, Muhd Fawwaz solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali telah diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi tadi.

Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Keluarga allahyarhamah turut mendapat ucapan takziah dari kepimpinan dan seluruh masyarakat selepas mengetahui berita berkenaan.

PAS di semua peringkat termasuk Mursyidul Am telah mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah di atas pemergian Dr Lo’ Lo’ ke rahmahtullah.


TG Presiden PAS mendoakan untuk allahyarhamah bersama kepimpinan dan orang ramai.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui laman sosialnya Facebook turut mengucap takziah kepada keluarga allahyarhamah sebagai mewakili keseluruhan pimpinan PAS dan ahlinya di semua peringkat.

“ Semoga Allah merahmati almarhumah dan meletakkan beliau bersama dengan orang-orang yang soleh.

“Semoga keluarga dan para pendokong perjuangan ini diberi kesabaran oleh Allah swt,” kata Abdul Hadi melalui Facebook.

Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’, 53, merupakan wakil rakyat Parlimen Titiwangsa selepas menewaskan calon BN Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi dalam PRU ke-12.

Kerusi parlimen berkenaan tidak memberi kesan apa-apa kepada pilihanraya kecil (PRK) walaupun wakil rakyatnya meninggal dunia kerana penggal Dewan Rakyat telah pun menempuhi tempoh mandat tiga tahun selepas 28 April lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini, sejajar dengan Artikel 54(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa suatu PRK hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun sebelum tamat sesi Parlimen sepertimana yang termaktub di dalam undang-undang.
Dikuasakan oleh Blogger.