Header Ads

BERSIH 2.0 lebih hebat – Hadi Awang

WarkahDaily – Kesan terhadap Himpunan BERSIH 2.0 adalah lebih besar dan hebat dengan penyertaan luar dugaan dari masyarakat bukan Melayu jika berbanding BERSIH 1.0 sebelum ini, jelas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang selepas perasmian penutup Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Getting, Kelantan kelmarin.


Tuan Guru Presiden menaiki motosikal berkuasa tinggi 'HONDA Goldwing' ketika program Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan di Pantai Geting kelmarin. | foto Harakahdaily
Perhimpunan kali ini memperlihatkan perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa demi menegakkan keadilan sejagat di Malaysia bumi tercinta.

“Antaranya penyertaan masyarakat bukan Melayu begitu menggalakkan sekali. Ini merupakan satu gabungan sangat baik.

“Sedangkan kerajaan BN menggunakan pertubuhan-pertubuhan Melayu yang bersikap fanatik seperti Perkasa dan kumpulan seni silat.

“Namun akhirnya mereka tidak dapat berhimpun dan terpaksa menarik diri kerana tidak dapat sambutan,” kata Presiden PAS dipetik dari Harakahdaily.

Menurut TG Abdul Hadi lagi, himpunan itu bukan sahaja disertai ahli PAS, bahkan dari seluruh rakyat seluruh negara yang sanggup berhimpun di Kuala Lumpur 9 Julai lalu demi menuntut pilihanraya yang telus dan bersih dari Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Banyak pihak mengakui gelombang BERSIH 2.0 memberi kesan yang sangat hebat dan memberi satu petanda kebangkitan rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13.

Sehingga kini, banyak pihak masih memperkatakan tentang BERSIH 2.0 danLink pihak polis yang bertindak kejam dan zalim atas arahan Umno-BN ketika himpunan berkenaan masih teraba-raba mencari helah bagi menghalalkan tindakan mereka menyerang rakyat Malaysia dengan water canon dan bom pemedih mata.

Dunia kini membuka mata melihat wajah sebenar pemimpin dan kerajaan Umno-BN akibat tindakan keras polis yang dipertonton ke seluruh dunia melalui media antarabangsa yang turut membuat liputan.

Keadaan ini memberi tekanan yang cukup hebat kepada kerajaan pimpinan Najib yang terpaksa ke beberapa buah negara luar termasuk Britain untuk membela dirinya, konon tindakan beliau menyekat kebangkitan rakyat adalah betul.
Dikuasakan oleh Blogger.