Header Ads

BERSIH 2.0: Umno-BN kini berhadapan 5,000 doktor swasta

WarkahDaily – Kerajaan Umno-BN kini semakin terdesak dan tertekan apabila terpaksa berhadapan dengan Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar.

Berdasar rekod cemerlang dan dipuji kerana kerja-kerja kebajikan selama ini, tidak memungkinkan Dr Jeyakumar terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang, beritahu Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta dalam satu kenyataan seperti yang dipetik dari Malaysiakini.

Kenyataan media itu dibuat berikutan penahanan Dr Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang Himpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pilihan raya telus, bersih dan adil.

"Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun.

"Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Doktor itu juga dipuji kerana kerja-kerja kebajikan dan sikap baik hati yang ditunjukkannya kepada semua di bawah jagaannya tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik,," petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama.
Dikuasakan oleh Blogger.