Header Ads

Bimbang skandal Scorpene dan Altantuya didedah, peguam Perancis ditahan

WarkahDaily – Malaysia kini sudah menjadi sempadan negara tidak bebas lagi yang mirip kepada komunis. Segala kebebasan tidak lagi dibenarkan. Segala kesalahan, kezaliman dan kebejatan kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba dilindungi dan dilenyapkan dari pengetahuan masyarakat umum. Hanya yang baik dan cantik sahaja perlu diwar-warkan.

Kalau di bazar Ramadhan, hati-hati dengan makanan yang nampak cantik di atasnya, tapi belum tentu di dalamnya boleh dimakan. Tak mustahil ianya makanan semalam yang tidak habis. Tapi itulah yang dimahukan oleh pemimpin Umno-BN akan perihal pemerintahan mereka di Malaysia.

Jika keburukan dilondehkan, bersiap sedia untuk ke bilik berjeriji besi, ISA atau ditembak water canon, dibelasah belantan polis dan tembakan gas pemedih mata. Itu semua bukan cerita sains fiksyen ‘Transformers’ tapi realiti yang perlu ditempuhi rakyat Malaysia. 9 Julai menceritakan segala-galanya.

Scorpene dan Altantuya

Sebelum ini dipetik dari Harakahdaily, peguam hak asasi manusia dari Perancis, William Bourdon (gambar kiri) dilaporkan akan membuat pembongkaran berkaitan skandal pembelian dua kapal selam Scorpene yang dilakukan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di samping perkembangan terkini berkaitan siasatan kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam yang dikatakan ada kaitan dengan skandal kapal selam Scorpene.

Peguam berkenaan dilaporkan akan membuat pembongkaran berkenaan dalam ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang dijangka diadakan malam ini di Pulau Pinang. Baca laporannya di sini.

Peguam ditahan

Penulis WarkahDaily Online percaya, pembongkaran ini bukan mudah dilakukan oleh peguam dari Perancis berkenaan di negara yang sudah dikuasai undang-undang rimba ini. Sudah tentu beliau akan berhadapan rintangan yang cukup besar dari kerajaan jakun pimpinan Umno-BN.

Hari ini dilaporkan peguam hak asasi manusia Perancis berkenaan ditahan oleh pihak Imigresen Malaysia ketika beliau berada di atas kapal terbang apabila sekumpulan pegawai Imigresen naik ke atas kapal terbang itu.

Menurut Harakahdaily, peguam S Sivarasa menerima maklumat tangkapan itu melalui telefonnya semasa menyertai program Perception di pejabat Harakahdaily dan bergegas keluar untuk mengendalikan urusan itu.

Menurut aktivis Suaram, Cynthia Gabriel dalam twitternya, beberapa pegawai Imigresen naik ke atas kapal terbang yang beliau dan Bourdon naiki dan menangkapnya sebaik sahaja kapal terbang itu mendarat.

Kedua-dua mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Pulau Pinang.

Kejadian itu memperlihatkan tahap demokrasi negara ini semakin teruk walaupun didakwa menjunjung demokrasi.

Kerana bimbang dengan pembongkaran yang bakal dibuat peguam berkenaan, Umno-BN awal-awal lagi cuba memintas dengan menahan peguam itu agar skandal yang berlaku tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia dikatakan berprofil tinggi kerana dikatakan melibatkan pemimpin tertinggi negara.
Dikuasakan oleh Blogger.