Bodoh, siapa mahu masuk hospital!

Mereka ini menyangka rakyat negara ini begitu mudah dipebodohkan dengan penafian yang sengaja dibuat bagi menyelamatkan diri selepas melakukan pelbagai kezaliman terhadap aktivis BERSIH 2.0.
“Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” katanya kepada Harakahdaily.
Berkaitan tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu, Mohamad Sabu berkata gambar kereta yang merempuhnya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar yang ditayangkan polis kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
“Jika tidak, pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” kata Mohamad Sabu.

Pihak polis akan mengambil tindakan ke atas Mohamad Sabu kerana mendakwa tiada sebarang perlanggaran antara motosikal yang dibonceng Mohamad Sabu dengan kereta polis, kata Saleh.
Namun, tuduhan jahat pihak polis itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Mohamad Sabu dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan akibat dilanggar.
Mana ada sesiapa dalam dunia ni nak sakit dan mahu lakukan pembedahan masukkan skru sepanjang 2.5 inci dalam badan semata-mata mahu mengenakan polis. Itu bodoh namanya. Penulis WarkahDaily tidak tahu apa yang difikirkan polis sampai tahap itu sekali mereka ini berbohong dan bersifat tidak berperikemanusiaan semata-mata mahu menghalalkan tindakan zalim mereka atas arahan pemimpin Umno-BN.
Dipetik dari Malaysiakini, sebelum ini, barua Umno-BN dan sekutunya turut mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad Sabu dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.
Walaupun ada bukti bergambar dan video dari wartawan tempatan dan luar negara, namun ia disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.
Kalau tak percaya sangat, ada berani ke Najib dan Hishamuddin memanggil para wartawan agensi berita antarabangsa termasuk Al-Jazeera yang turut menyiarkan gambar-gambar pihak polis bertindak ganas ke atas peserta Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas untuk membuktikan akan kesahihan keganasan pihak polis.
Post a Comment