Header Ads

Cepat je RTM, macam ada apa-apa je…

WarkahDaily – Nak keluarkan satu-satu ‘video polis baik’ bukan main lama tapi bila dah keluar, cepat je RTM sahut ‘video polis baik’ untuk ditayang dalam channel TV mereka. Mereka ni dah ‘satu bantal’ memang nak pertahankan tindakan polis menyerang rakyat sendiri yang sedang berhimpun secara aman 9 Julai lalu.

Dipetik dari laporan media tempatan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan siarkan video rakaman perhimpunan haram 9 Julai secara berterusan bagi mendedahkan perkara sebenar.

Yang pasti, mereka ini dilihat awal-awal lagi sudah bersepakat melakukan provokasi jahat untuk memburukkan keadaan.

Siapa nak hairan jika ‘video polis baik’ yang dikeluarkan pihak polis sendiri itu ditayangkan di RTM. Biasanya kalau orang yang rasa nak membela diri, mereka akan cepat-cepat tayang video asal atau gambar asal yang dikatakan mereka itu tidak berlaku ganas.

Tetapi apa yang menjadi tanda tanya, kenapa harus ditunggu beberapa minggu selepas video dan gambar dari sumber alternatif yang lain termasuk media antarabangsa yang sudah pun menayangnya kepada khalayak, baharulah pihak polis datang membela diri dengan pertolongan RTM.

Amat mustahil jika satu dunia yang cintakan keamanan dan kebebasan akan cuba mengedit gambar atau video agar menampakkan polis bertindak ganas terhadap peserta himpunan BERSIH 2.0. Bukan sedikit gambar dan videonya, tapi banyak. Semuanya terang dan jelas tanpa nampak ada teknik photoshop.

Tapi kalau individu atau sebilangan kumpulan sahaja yang cuba mempertahankan diri dengan mengadakan video atau gambar yang lain daripada apa yang dah dipertontonkan kepada umum oleh media alternatif, nampak macam ada sesuatu yang mencurigakan. Tak mustahil ianya diubah suai mengikut kemahuan pembela diri.

Apa-apa pun, peratusan besar rakyat Malaysia dan pemerhati seluruh dunia mengerti dan pandai menilai kebenaran yang berlaku. Mereka ini bukan lagi berada di zaman batu atau zaman komunis yang hanya reti menindas rakyat sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.