Header Ads

Copa Amerika 2011: Peru ketiga terbaik

Ketiga terbaik Copa Amerika 2011 sudah cukup baik buat Peru apatah lagi pasukan kendalian Sergio Markarian mempamerkan aksi terbaiknya ketika turun menentang Venezuela sebelum menang, 4-1, awal pagi semalam dalam saingan tempat ketiga dan keempat.


Para pemain Peru riang meraikan kemenangan mereka menumpas Venezuela 4-1 untuk saingan tempat ketiga kejohanan Copa Amerika 2011. | foto ESPN
“Inilah aksi yang dinanti-nantikan dan pemain beraksi seperti mana sepatutnya,” katanya.

Selepas gagal mengulangi pencapaian 36 tahun lalu memasuki final, tumpuan Peru kini terarah kepada persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 di Brazil.

Pada aksi awal pagi semalam, Peru bermula garang apabila William Chiroque menggegar gawang pada minit ke-41 babak pertama sebelum penyerang Paolo Guerrero muncul wira Peru dengan hatrik pada minit ke-64, 89 dan 90.

Manakala gol tunggal Venezuela diperoleh pada minit ke-79 hasil jaringan Juan Arango.

“Jentera serangan mungkin tumpul tanpa Guerrero dan ini adalah satu permulaan yang baik daripada yang kami jangkakan,” katanya.
Dikuasakan oleh Blogger.