Header Ads

Copa Amerika 2011: Uruguay juara buat kali ke-15, Forlan lakar sejarah

WarkahDaily (Buenos Aires) - Uruguay menewaskan Paraguay 3-0 dalam aksi final di Stadium Monumental, Buenos Aires awal pagi semalam untuk menjuarai Copa Amerika 2011.


Pemain Uruguay meraikan trofi kemenangan selepas benam Paraguay 3-0 di final Copa Amerika awal pagi semalam. | foto AP
Bekas penyerang Manchester United, Diego Forlan menjadi wira apabila menjaringkan dua gol untuk menobatkan Uruguay juara buat kali ke-15 Copa Amerika.

Penyerang Liverpool, Luis Suarez turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan akhir itu. Suarez membuka tirai jaringan pada minit ke-12 apabila bijak menolak bola ke arah kiri penjaga gol, Justo Villar hasil hantaran Dario Veron.

Bintang Atletico Madrid, Forlan menambah jaringan Uruguay 2-0 ketika separuh masa pertama berbaki tiga minit.

Forlan yang memegang rekod jaringan antarabangsa 31 gol yang dipegang bersama Hector Scarone menjadi wira apabila menambah derita Paraguay sebelum wisel penamat dibunyi untuk gol ketiga Uruguay apabila berjaya menolak mudah selepas satu lawan satu antara penjaga gol Paraguay.

Kemengan kali ke-15 Uruguay itu turut memberi kenangan bersejarah buat Forlan (gambar kiri) yang merangkul Piala Copa Amerika selepas datuk dan bapanya turut merangkul piala yang sama sebelum ini.

“Ini benar-benar amat bermakna bagi saya kerana datuk saya menang, bapa saya menang dan sekarang saya juga telah melakukannya,” kata Forlan.

“Tiga generasi telah memenangi trofi ini. Nama Forlan akan tinggal dalam sejarah.”

Keputusan penuh perlawanan:

Uruguay
5 - 0

Paraguay
12′ Luis Su├írez
42′ Diego Forlan Corazo
90′ Diego Forlan Corazo




Dikuasakan oleh Blogger.