Header Ads

Facebook laman paling kaya tapi ‘miskin’

WarkahDaily – ‘Kaya tapi miskin’, istilah paling mudah bagi penulis WarkahDaily gambarkan bagi sebuah laman sosial Facebook yang mempunyai jutaan pelanggan di seluruh dunia itu.


Facebook membeli tapak pejabat barunya daripada Sun Microsystems yang berpindah awal tahun ini selepas firma itu telah dibeli oleh Oracle. | foto Facebook
‘Kaya’ dinisbahkan kerana Facebook merupakan antara laman web paling kaya di dunia yang bernilai AS$70 bilion (RM212.3 bilion) dan dianggarkan akan memperolehi pendapatan AS$2 bilion (RM6 bilion) bagi tahun ini.

‘Miskin’ dinisbah kepada laporan berita Agensi kelmarin yang menunjukkan kezuhudan (sederhana) ibu pejabat baru Facebook di Amerika Syarikat yang tidak mempunyai ciri-ciri kemewahan sejajar sebuah syarikat yang kaya dan hebat.


Keadaan paip yang terdedah dibungkus dalam kerajang perak dan penebat wayar tergantung di pejabat Facebook baru di Menlo Park, California. | foto Facebook
Pejabat Facebook kelihatan tidak seperti sebuah pejabat yang sempurna yang dilengkapi perabot mewah, karpet cantik, sofa mewah dan hiasan dalaman yang canggih.

Namun sebaliknya, ruang pejabat yang dibina di kawasan seluas 23 hektar yang boleh memuat 9,000 orang pekerja itu kelihatan siling yang terbuka, banyak paip terdedah yang dibaluti kertas kerajang perak dengan wayar bergantungan.


Kelihatan sebuah ruang bilik yang kosong hanya berlantaikan konkrit dan kotoran bertaburan di sekitar bilik. | foto Facebook
‘Ianya tidak lebih menyerupai seperti kilang dengan banyak menggunakan kotak kayu yang diubah suai sebagai meja dan susun atur tempat duduknya pelik kerana ada yang menghadap dinding.

Kini Facebook mempunyai sekitar 2,000 kakitangan di pejabat barunya dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Marck Zuckerberg merupakan orang ketiga paling kaya di dunia dalam sektor teknologi maklumat seperti yang dinobatkan majalah Forbes.

Zuckerberg, 27 tahun dilaporkan memiliki kekayaan sehingga mencecah AS$18 bilion (RM54.5 bilion).
Dikuasakan oleh Blogger.