Header Ads

Gadis pelarian diupah lariskan laman seks

KOREA SELATAN: Polis menahan enam orang kerana mengupah gadis pelarian dari Korea Utara dan juga etnik Korea di China untuk mengendali laman sex yang mempunyai beratus ribu pelanggan, semalam.

Polis di bahagian Selatan Busan berkata, mereka yang ditahan, telah mengambil 500 pelarian dan 500 etnik Korea di China untuk mengendalikan 70 laman yang menawarkan perbualan seks atau persembahan bogel bermula April 2007.

Kata Polis, 34 yang lain tidak ditahan tetapi akan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama.

“Tiada tindakan undang-undang telah diambil untuk menghukum mereka yang melawat laman sesawang itu,” kata Jo Je-Cheol, penyiasat bahagian jenayah siber di Busan.

Katanya lagi, mereka yang ditahan dikatakan meraih keuntungan 22.3 juta won (RM66.4 juta) selama empat tahun. Tetapi wanita yang kebanyakannya dari Yanji di timur laut China, hanya dibayar sembilan peratus daripada keuntungan.

Laman sesawang itu mempunyai ahli berdaftar seramai 700,000 orang di Korea Selatan yang membayar sebanyak RM2.30 setiap 30 saat untuk berbual lucah dan membayar sehingga RM28.30 untuk menonton tayangan lucah, katanya. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.