Header Ads

Google ambil alih domain .co

.CO Internet S.A.S. mengumumkan, Google telah mengambil alih nama dan menggunakan domain G.CO. URL itu boleh digunakan untuk memudahkan hubungan, komunikasi dengan pelanggan di samping menjadi jalan pintas rasmi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan Google.

Sejak dilancarkan, domain .CO telah menarik lebih daripada satu juta pendaftaaran daripada individu, organisasi dan perniagaan di lebih daripada 200 buah negara di dunia, termasuk jenama utama seperti Twitter, Amazon dan Overstock dan beratus ribu usahawan di seluruh dunia.

Naib Presiden Pemasaran Pengguna Google, Gary Briggs, mengumumkan bahawa G.CO tidak lama lagi menjadi jalan pintas URL rasmi untuk laman web Google.

Produk itu dianggap sebagai aset digital strategik berdasarkan jenama yang berterusan menarik dan melibatkan pengguna secara dalam talian.

“URL, besar tidak semestinya lebih baik, dan lebih pendek sesebuah URL, lebih mudah ia dikongsi dan diingati,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif .CO Internet SAS pula berkata, dengan memaparkan G.CO dalam Google ia adalah satu usaha pengembangan yang baik kerana Google akan membantu peningkatan penjenamaan yang lebih besar pada masa akan datang.

“Kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada Google dan menyertai kumpulan pilihan jenama Internet premium yang menggunakan domain .CO, hal ini adalah salah satu inovasi dalam talian memudahkan promosi jenama kami,” katanya.

.CO Internet S.A.S. ialah operator pendaftar bagi domain tahap tinggi. Domain itu menawarkan kepada individu, organisasi dan perniagaan, alamat web menarik untuk membangunkan syarikat dalam talian.
Dikuasakan oleh Blogger.