Header Ads

Hebat! Pak Muhyiddin target Malaysia antara 10 negara aman dan selamat

WarkahDaily – Aman dan selamat ala komunis ke atau zionis? Bagaimana dengan peristiwa hitam 9 Julai? Rakyat sendiri pun diserang bagai komunis. Selamat dan aman ke?

Dan bagaimana pula dengan peguam hak asasi manusia dari Perancis, William Bourdon yang ditangkap tanpa sebab ketika berada dalam kapal terbang untuk memasuki Malaysia?

Laporan Bernama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan berusaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan antara 10 negara paling selamat di dunia berikutan kejayaan negara dipilih sebagai negara paling aman dan selamat di Asia Tenggara.

"Kita mahu negara kita bukan sahaja kekal (paling aman dan selamat di Asia Tenggara) tetapi mudah-mudahan Malaysia berada dalam ranking sepuluh teratas antara negara paling selamat di dunia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Tinggi cita-cita Pak Muhyiddin. Penulis merasakan ada betulnya apa yang diperkatakan. Memang Pal Muhyiddin mahu negara ini selamat dan aman tapi khusus untuk pemimpin Umno-BN daripada diganggu gugat rakyat. Mereka mahu selamat dan aman memunggah khazanah negara tanpa ada gangguan rakyat.

Satu lagi, mereka mahu pengundi luar (hantu) yang mengundi untuk kemenangan Umno-BN dalam PRU-13 nanti aman dan selamat daripada gangguan rakyat dan Pakatan Rakyat (PR).

Kalau boleh, mereka mahu pengundi dari Bangla, Nepal dan rakyat asing lain yang dapat kad pengenalan sementara untuk mengundi agar dapat membuang undi secara aman dan selamat tanpa diganggu oleh PR.

Kalau itu semua boleh tercapai, lagi kembanglah hidung Pak Muhyiddin selepas ini kerana Umno-BN boleh menang besar dalam PRU-13.
Dikuasakan oleh Blogger.