Header Ads

Hero BERSIH 2.0 ‘dianugerah’ Doktor Kehormat

WarkahDaily – Tahniah diucapkan buat keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad di atas ‘penganugerahan’ Doktor Kehormat yang didedikasikan oleh pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga.


Salah seorang peserta Himpunan BERSIH 2.0, Allahyarham Baharuddin meninggal selepas cuba lari dari serangan water canon polis, namun polis berkata beliau mati kerana serangan jantung.
Anugerah yang diterima Ambiga dari University of Exeter itu telah ‘dihadiahkan’ kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Dipetik dari The Malaysian Insider, selain Baharuddin dan enam pemimpin PSM, penghargaan turut diberikan kepada rakyat Malaysia yang berani tampil di sebalik tekanan dan halangan pihak berkuasa dalam mempertahankan hak mereka.

“….hero yang sebenar ialah rakan dan penyokong kami Allahyarham Baharuddin Ahmad yang membayar harga bernilainya dalam perjuangan murni kami, enam ahli Parti Sosialis Malaysia, ketika sedang kita bercakap (di sini), (mereka) berada dalam tahanan di bawah undang-undang pencegahan dan rakyat Malaysia yang berani keluar daripada tindakan (pihak berkuasa) menakut-nakutkan dan menghina demi mempertahankan hak asasi mereka,” kata Ambiga dalam teks ucapannya ketika menerima anugerah berkenaan.

Justeru kata Ambiga, beliau menghadiahkan anugerah itu kepada ‘kesemua mereka.’
Dikuasakan oleh Blogger.