Header Ads

Identiti pasangan lesbian terbongkar sebelum akad nikah

JAKARTA: Sebuah keluarga di Indonesia menghentikan satu majlis perkahwinan selepas mendapati pengantin lelaki sebenarnya adalah seorang wanita.

Menurut laporan media tempatan semalam, keluarga pengantin perempuan, Nuraini berkumpul untuk majlis akad nikah pasangan itu tetapi mula curiga selepas pengantin lelaki tidak membawa ahli keluarga.

Identiti sebenar pengantin lelaki itu akhirnya terbongkar apabila dia gagal membawa sebarang dokumen semasa majlis itu.

Wanita menyamar sebagai pengantin lelaki itu dikatakan mempunyai tubuh badan seperti lelaki dan telah berkenalan dengan Nuraini selama tujuh bulan.

Namun, keluarga Nuraini berjaya meminta bekas kekasih wanita itu supaya mengahwininya pada majlis itu bagi menyelamatkan maruah mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.