Header Ads

Kaedah biometrik mudah dimanipulasi pihak tertentu – Abdul Hadi

WarkahDaily – Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kaedah biometrik yang cuba diperkenalkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 nanti mempunyai keraguan.

Ia bukan penyelesaian sebenar terhadap isu pengundi hantu dan pengundi bertindih yang pernah disuarakan PAS sebelum ini.

Abdul Hadi (gambar) berkata, biometrik yang bakal diperkenalkan pada PRU nanti mudah terdedah kepada manipulasi pihak tertentu kerana ia hanya dikendalikan segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan kaedah berkenaan.

“PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya,” tegas Hadi dipetik dari Harakahdaily.
Dikuasakan oleh Blogger.