Header Ads

Kejayaan BERSIH dan PR, akhirnya SPR mengaku juga

WarkahDaily – Memang betullah apa yang disuarakan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan BERSIH 2.0 selama ini, pilihanraya di Malaysia tak telus dan bersih.

Antaranya kerana daftar pengundinya diselit pengundi hantu. Ntah kerja siapa tapi sebelum ni PR dan BERSIH 2.0 duk suarakan, SPR senang-senang nafikan dan tanpa rasa malu siap bagitau khalayak yang pilihanraya di Malaysia antara yang terbersih dan telus.

Alasan mereka, PR boleh menang di lima negeri. Bila PR dan NGO`s gerakkan Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu, semua barua Umno-BN dan penolong-penolongnya (SPR, polis) bagai cacing kepanasan mempertahankan perjalanan pilihanraya di Malaysia sebagai pilihanraya bersih.

Namun usaha rakyat yang sanggup turun padang semata-mata mahu menuntut pilihanraya bersih dan telus, akhirnya berbaloi juga dengan memberi tekanan yang besar buat pemerintah zalim Umno-BN.

Akhirnya luka di badan, mata yang pedih, berdarah di kepala dan sebagainya terbayar juga dengan mendapat perhatian antarabangsa dari diplomat asing dari Kesatuan Eropah (EU) yang bakal menurunkan pemerhati bebasnya ke Malaysia dalam pilihanraya umum nanti.

Kejayaan besar buat masa ini adalah, bagaimana SPR secara tidak langsung telah memperakui daftar pemilih yang dikeluarkannya telah diresapi pengundi hantu. Tapi perkara ini sudah lama disuarakan PR namun ianya tidak diendahkan.

Tapi mendapat desakan besar-besaran dari rakyat dan masyarakat antarabangsa, kini SPR mula mengakui wujudnya pengundi hantu.

Tapi siapa punya angkara ini? Nak tahu, tanyalah pihak yang bersenang-lenang mendapat kemenangan besar sehingga peratusan keluar mengundi mencatat rekod dunia sehingga 90% peratusan keluar mengundi. Suatu benda yang tidak pernah berlaku dalam pilihanraya. Tapi di bawah pemerintahan Umno-BN, ia menjadi perkara biasa.

Dipetik dari Harakahdaily, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.

Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar kanan) selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.

Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”.

Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.

"Ini merupakan kenyataan “U-turn” SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.

"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Sebelum ini, SPR enggan percaya bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih mereka malah menolak tuntutan bersih agar daftar pemilih dibersihkan.

Sehinggalah Bersih mengadakan himpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai lalu, namun SPR tetap dengan pendirian mereka untuk mengenepikan tuntutan bersih itu.

Pada 21 Julai lalu, Suhaizan mendedahkan satu fakta bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.

Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 2 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama.

Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201.

Ianya boleh disemak melalui pautan SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.

Menurut Suhaizan, kes Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pertamanya JPN telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti dan keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali.

"Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”.

"Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah," jelasnya lagi.

Beliau juga hairan kenapa sistem pengkalan SPR membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.

Menurutnya, jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.

"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," tegasnya.
Dikuasakan oleh Blogger.