Header Ads

Kelayakan Piala Dunia 2014: Harimau Malaya ditewaskan Singa ‘pondan’

WarkahDaily – Bukan emosi atau kecewa tapi memperkatakan yang realiti. Tampak jelas, Singapura sanggup bermain secara tidak profesional semata-mata mahu menang.

Mungkin semua pembaca bersetuju dengan penulis WarkahDaily Online, realitinya, rata-rata pemain Singapura seolah-olah sudah diasuh untuk meluntur corak permainan lawan secara tidak profesional.

Malam tadi tampak jelas sekali, ramai pemain Singapura tiada semangat kesukanan dan sengaja melengah-lengah permainan walaupun masa permainan masih lagi panjang.

Malaysia seri dengan Singapura 1-1 namun pasukan Singa layak ke pusingan ketiga selepas menang secara agregat 6-4.

Tidak dinafikan pemain Singapura bermain dengan baik semalam namun di separuh masa kedua, mungkin faktor usia menyebabkan mereka tampak keletihan untuk menyaingi pemain muda Malaysia.

Di separuh masa kedua, permainan anak buah Rajagopal nampak sedikit rancak apabila cuba menembusi benteng Singapura bertali arus namun apa yang dapat kita lihat, setiap kali serangan pemain Malaysia memasuki kubu Singapura, para pemain mereka cuba memperlahankan rentak permainan Malaysia dengan sengaja dan mudah dijatuhkan untuk melengah-lengah permainan.

Walaupun tiada kekasaran teruk berlaku, namun lakonan yang dilakukan pemain Singapura jelas memberi tekanan kepada pemain Malaysia yang cuba memadamkan defisit dua gol di laman sendiri.

Singapura seolah-olah tidak lagi kisah dengan maruah mereka tercalar gara-gara mahu layak ke pusingan seterusnya walaupun secara tidak ‘gentleman’.

Namun, pujian harus diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang cuba berjuang habis-habisan dan tidak mudah mengalah hingga ke wisel penamat.

Namun perhatian harus diberikan di bahagian pertahanan negara yang nampak lemah dan longlai selepas Aidil Zafuan keluar selepas cedera. Di bahagian tengah juga terasa kehilangan Safiq Rahim sebagai ‘arkitek’ pasukan kebangsaan yang dilihat tidak mampu ditanggung oleh Ismail Farouqi yang lebih gemar bermain ‘berseorangan’(lama pegang bola) dan lambat membuat hantaran kepada rakan lain.

Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali yang beraksi lebih garang dan mantap malam tadi. Kami di WarkahDaily Online bangga dengan anda semua. Ayuh skuad Harimau Malaya, aksi Piala Asia menunggu anda di hadapan!
Dikuasakan oleh Blogger.