Header Ads

KL Gangster dibimbangi beri kesan negatif - Yayasan Pencegahan Jenayah

Filem adalah antara faktor utama yang mempengaruhi gaya hidup dan keperibadian remaja di negara ini.


Aksi pukul-memukul dari filem KL Gangster.
Oleh itu setiap filem perlu diterapkan unsur positif yang membawa kebaikan kepada penonton. Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, menerusi filem yang ditonton, remaja mudah terikut-ikut dengan unsur negatif yang dipaparkan, menyebabkan berlaku lebih banyak kes keganasan di sekolah seperti buli, gangsterism dan pergaduhan.

Katanya, menurut kajian MCPF pada 2002 bertajuk ‘Delinkuensi Juvana’ mendapati program televisyen mempunyai pengaruh besar terhadap remaja.

“Ini menunjukkan remaja mudah terpengaruh dengan media massa, malah kira-kira dua kali ganda responden mengakui terpengaruh dengan watak di televisyen,” katanya dalam kenyataannya.

Sehubungan itu, MCPF mencadangkan filem yang bakal diterbitkan diberi perhatian khusus, terutama membabitkan unsur positif yang boleh membantu mendidik remaja.

Lee berkata, sebagai contoh, filem KL Gangster arahan pengarah muda, Syamsul Yusuf dibimbangi memberi implikasi negatif kepada penontonnya. “Tajuk filem itu sudah memberi satu persepsi negatif terhadap keseluruhan filem, apatah lagi ketika kadar jenayah membimbangkan,” katanya. -HMetro
Dikuasakan oleh Blogger.