Header Ads

Laporan penuh: Ahli parlimen dituduh mencuri

Seseorang ahli politik yang juga ahli Parlimen Australia yang bernama Mary Jo Fisher didakwa atas tuduhan mencuri dan menyerang seorang pegawai keselamatan yang cuba untuk menangkapnya.

Fisher (gambar) boleh kehilangan kedudukannya jika sabit kesalahan mencuri barangan pasar raya yang bernilai AUS$100 (RM324) pada bulan Disember 2010. Selain mencuri, Fisher juga didakwa dengan menyerang seorang pegawai keselamatan di tempat letak kereta pasar raya berkenaan.

“Sehubungan dengan kejadian pada 15 Disember, 2010, Polis Selatan Australia telah membuat pendakwaan atas dua perkara terbabit,” kata Fisher dalam satu kenyataan yang dikeluarkan seperti yang dilaporkan oleh agensi berita AFP kelmarin.

Walau bagaimanapun, Fisher dilaporkan bertekad untuk membuktikan dia tidak bersalah dan membersihkan nama baiknya berkaitan insiden itu.

“Saya menolak pendakwaan itu dan akan berjuang bersungguh-sungguh," kata senator dari parti Liberal yang terkenal itu kerana suka mengejek kerajaan dengan menari di parlimen.

Kes senator wanita yang akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Adelaide pada 1 September itu tidak mendapat sokongan rakan-rakannya dari Parti Liberal.
Dikuasakan oleh Blogger.